Tragis! Gadis Ini Maut Dibaham Tiga Ekor Jerung Ketika Sedang Menyelam

Nasib malang telah menimpa seorang wanita dari California, Amerika Syarikat apabila nyawanya melayang akibat diserang ikan jerung sewaktu dia melakukan aktiviti snorkeling bersama dengan keluarganya di Bahamas.

Menurut laporan AFP, wanita tersebut yang dikenali sebagai Jordan Lindsey diserang oleh tiga ekor ikan jerung semasa dia sedang melakukan aktiviti tersebut di Pulau Rose yang terletak di timur Nassau.

Pada mulanya, ibu bapanya cuba untuk memberi amaran kepadanya supaya tidak berenang kerana khuatir sesuatu yang buruk bakal berlaku. Namun begitu, Lindsey tidak mengendahkan amaran tersebut.

Semasa kejadian itu berlaku, dia dikatakan sedang menyelam ketika dikelilingi haiwan tersebut. Pelajar Komunikasi Alam Sekitar itu mengalami kecederaan parah di mana tangan kanannya bukan sahaja koyak malah tangan kirinya, kedua-dua belah kaki dan juga punggungnya turut digigit.

Mangsa kemudiannya dibawa ke pantai lalu dikejarkan ke hospital. Namun begitu, dia gagal diselamatkan apabila dia disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di sana.

Artikel Lain Untuk Di Baca