Tragedi Telefon Bimbit, Pelajar Maut Akibat Renjatan Elektrik

Seorang remaja dilaporkan maut akibat terkena renjatan elektrik daripada telefon bimbitnya. Ketika kejadian, telefon bimbit berkenaan didapati sedang dicas.

Kejadian yang berlaku di Kampung Gais Batu Pedas, Rembau telah mengorbankan mangsa, Mohd Aidi Azzhar Zahrin, 16. Mangsa ditemui meninggal dunia pada jam 12.45 tengah hari oleh ibunya yang mendapati anaknya tidak sedarkan diri.

Foto: Sinar Harian Online

Ibu mangsa, 51, keluar rumah pada jam 7.45 untuk ke tempat kerja. Namun semasa berada di tempat kerja wanita berkenaan berasa tidak sedap hati lalu pulang ke rumah. Ibu mangsa cuba mengejutkan anaknya namun tiada tindak balas.

Wanita itu kemudiannya menghubungi klinik kesihatan berdekatan sebelum pegawai perubatan tiba untuk membuat pemeriksaan. Pemeriksaan mendapati bahawa terdapat pendarahan di sebelah telinga kiri mangsa.

Pegawai perubatan mengesahkan bahawa ketika itu mangsa sedang memakai ‘earphone’ dan telefon bimbitnya yang berada bersebelahan sedang dicas. Seorang abang mangsa yang cuba mematikan suis juga menyedari terdapat kesan renjatan pada wayar berkenaan.

Hasil bedah siasat mengesahkan remaja berkenaan maut akibat renjatan elektrik.

Artikel Lain Untuk Di Baca