Search
Close this search box.

Tragedi ‘Fun Fair’ Di Puncak Alam, Warganet Dakwa Temui Punca Insiden Berkenaan

Tiga orang individu mengalami kecederaan selepas terjatuh daripada salah satu permainan di sebuah pesta ria (fun fair) dekat Puncak Alam, Selangor.

Permainan Sotong Ride itu dilaporkan mengalami kerosakan sehingga menyebabkan mangsa-mangsa terjatuh daripada permainan itu ketika ia sedang bergerak.

Memetik laporan The Star, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor iaitu Superintendan Ramli Kasa mengesahkan pihak polis telah bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat berhubung insiden itu kira-kira 8.50 malam semalam.

“Ketiga-tiga mangsa iaitu dua orang wanita dan seorang kanak-kanak terjatuh ketika permainan yang dikenali sebagai Sotong Ride itu sedang berpusing. Semua mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan lanjut,” ujarnya.

Sumber: The Vocket

Ramli berkata kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 6 Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan Selangor 1995 kerana fun fair di Puncak Alam itu telah beroperasi tanpa lesen.

Kemalangan didakwa berpunca daripada permainan Sotong Ride tidak seimbang

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, warganet mendakwa punca kemalangan itu berlaku kerana permainan Sotong Ride berkenaan dipercayai tidak seimbang.

Sekiranya anda menonton video berkenaan dengan lebih teliti, carrier berwarna merah itu sahaja yang mempunyai tiga tempat duduk.

Carrier lain mempunyai empat tempat duduk jadi apabila permainan itu berpusing, ia kelihatan seperti tidak stabil apabila ada muatan. Atas sebab itu, carrier merah itu dipercayai telah terkeluar dari landasan dan melanggar besi penghadang.

Apa pendapat anda? Anda boleh tonton video penuh di bawah.

@ika121212

Replying to @@Liaa 🦋 doakan yang baik2 ye . Kesian tengok kan . Lepas ni naik pstikan lengkap sotong tu 🫣 #fyp #funfairpuncakalam

♬ Yasir Lana – arief akdw

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca