Tragedi Cuti Hari Raya, Kanak-Kanak Perempuan Maut Dibaham Singa

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

Percutian hari raya yang menjanjikan kegembiraan bertukar tragedi untuk sebuah keluarga dari Sudan semasa melawat zoo di Bandar Dinder, 400 kilometer dari selatan Khartoum.

Kanak-kanak perempuan kepada keluarga tersebut didapati telah maut akibat dibaham singa.

Menurut Gulf News, kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu keluar berkelah bersama keluarganya ke taman hidupan liar untuk menikmati cuti sempena hari raya.

Sumber: Live Science

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

Namun malang tidak berbau, semasa kanak-kanak perempuan tersebut menghampiri kandang haiwan liar itu dia diserang dengan seekor singa.

Mangsa didapati tidak menghiraukan papan tanda amaran yang meminta pengunjung untuk tidak mendekati atau cuba memberi makan kepada haiwan terbabit.

Kanak-kanak tersebut dikatakan pergi menunduk kepala ke arah kandang singa menyebabkan dia diserang sehingga cedera parah.

Keluarga mangsa dan beberapa pengunjung cuba membebaskan cengkaman singa daripada kanak-kanak itu tetapi usaha tersebut tidak berjaya.

Selepas beberapa percubaan untuk melepaskan kanak-kanak itu daripada terus dicengkam, akhirnya berjaya dibebaskan.

Walau bagaimanapun, dalam perjalanan ke hospital kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia.

 Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca