KONGSIKAN

Pernahkah anda merasa ‘lemas’ kerana berada di pejabat terlalu lama? Atau mungkin di rumah anda sendiri? Pastinya anda tidak senang duduk apabila beada di dalam situasi tersebut.

Sekarang bayangkan anda berada di dalam sebuah bilik kecil. Tiada cahaya mahupun penghawa dingin. Satu-satunya makanan yang anda makan hanyalah sisa-sisa makanan. Peneman anda pula hanyalah tikus-tikus yang berkeliaran. Blanche Monnier mengalami situasi tersebut. Namun apa yang paling mengejutkan adalah Blanche dikurung oleh ibunya sendiri!

Cinta Terhalang

Kita semua pasti sering mendengar kisah cinta terhalang akibat perbezaan darjat antara satu sama lain. Namun, kisah-kisah tersebut pasti tidak dapat menandingi kisah percintaan tragis Blanche Monnier.

 

 

Pada tahun 1876, Blanche Monnier menjadi mangsa cinta terhalang apabila dia dipenjarakan oleh ahli keluarga sendiri. Blanche Monnier, seorang sosialit muda dari keluarga berada di Poiters, Perancis dikurung oleh ibu dan abangnya pada usia 25 tahun kerana mencintai seorang peguam miskin.

Wanita malang itu dipercayai telah dikurung di dalam bilik tanpa cahaya selama 25 tahun. Pada 23 Mei 1901, Peguam Negara Paris menerima sepucuk surat yang mendedahkan mengenai penahanan rahsia tersebut. Namun identiti pengirim surat tersebut masih menjadi tanda tanya.

 

Photo: Viral Nova


 

Ketika ditemui, Blanche yang suatu masa dahulu merupakan seorang wanita yang cantik berada dalam keadaan menyayat hati dengan berat badan hanya 55 pounds. Sebaik sahaja berjaya diselamatkan, Blanche terus dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Blanche memberitahu pihak berkuasa bahawa ibunya bertindak mengurungnya apabila dia enggan memutuskan hubungan dengan seorang peguam yang miskin. Blanche menambah bahawa ibunya bercadang untk mengurungnya sehinggalah dia bersetuju untuk memutuskan hubungan tersebut. Bahkan apabila peguam tersebut meninggal dunia pada tahun 1885 Blanche masih dikurung di dalam bilik tersebut.

 

Photo: Viral Nova

 

Keesokan harinya ibunya telah ditahan oleh pihak berkuasa. Serangan dari orang ramai yang marah berikutan kes tersebut telah menyebabkan ibunya mengalami serangan jantung lalu meninggal dunia 15 hari kemudian.

Walaupun Blanche tidak didera atau dipukul secara fizikal namun penyeksaan psikologi yang dialaminya telah berjaya mendorong menjadi Blanche gila. Blanche menghabiskan sepanjang hayatnya di bawah penjagaan psikiatri dan meninggal dunia pada tahun 1913.

 

 

Sumber: Viral Nova