Tragedi Berdarah Di Christchurch Diabadikan Dalam Novel Terbaru Ramlee Awang Murshid

Novel bertajuk ‘Haura’, karya terbaru novelis thriller Ramlee Awang Murshid (RAM) bakal menemui pembaca sempena tahun 2020.

Kisah novel ini berlatarkan peristiwa pembunuhan umat Islam dan kes serangan pengganas di Christchurch, New Zealand.

“Kejadian berdarah di Christchurch merupakan peristiwa paling menyayat hati. Ini bukan jenayah biasa-biasa. Ini keganasan paling kejam, rasis agama paling buruk pernah berlaku. Saya abadikan ia dalam novel sebagai rakaman sejarah walaupun ia sekadar fiksyen.”

– Ramlee Awang Murshid

Sinopsis novel Haura

Jessica- Tragedi berdarah di New Zealand telah merubah hidup seorang pegawai polis Australia bernama Jessica. Serangan ke atas umat Islam di dua buah masjid di bandar Christchurch telah menyebabkan Jessica turut menerima bahana apabila diserang penjenayah sehari selepas insiden itu.

Dia ditugaskan untuk memburu Adam, penjenayah rakyat Malaysia yang diyakini terlibat dengan agenda keganasan.

Fahmi- Lelaki ini datang ke Melbourne demi membuktikan cinta dan membawa hati yang lara dengan tinggal di Australia melebihi had tempoh. Di sana, dia menemui Adam dan mereka menjadi satu!

Menerusi hebahan laman Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC) di Facebook, novel ini bukan sambungan daripada karya RAM sebelum ini namun ia tetap menjanjikan cinta, aksi dan thriller serta seribu satu rasa kepada pembaca.

Artikel Lain Untuk Di Baca