Tragedi Batang Kali, 4 Jasad Ditemui Bergulung Dengan Kanvas Khemah

Selepas meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR), pihak polis menemui empat lagi jasad mangsa yang tertimbus dalam tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, Selangor dalam keadaan bergulung dengan kanvas khemah pada 11.04 pagi tadi.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor iaitu Superintendan Suffian Abdullah mengesahkan perkara itu selepas penemuan terkini membabitkan empat jasad berkenaan di Sektor C (Riverside) pada kedalaman kira-kira tujuh meter.

“Semasa proses mengeluarkan jasad, pasukan bomba menemui empat mangsa berbalut (bergulung dengan kanvas khemah) dalam satu khemah pada kedalaman tanah sedalam tujuh meter.

Empat jasad itu terdiri dua orang kanak-kanak masing-masing seorang lelaki dan perempuan serta seorang lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa,” ujarnya.

Sumber: Berita Harian

Suffian turut berkata semua jasad ditemui dalam keadaan sempurna dan berpakaian lengkap tetapi tubuh mereka sudah mula mereput.

“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui di tempat kejadian justeru pada masa ini kita belum dapat memastikan identiti serta umur mangsa sehinggalah proses pengecaman dan bedah siasat selesai.

Semua mangsa diperiksa pasukan Pengecam Mangsa Becana (DVI) di lokasi sebelum dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk dibedah siasat dan proses pengecaman,” tambahnya.

Sumber: Berita Harian

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor iaitu Wan Md Razali Wan Ismail berkata pasukan SAR mengesan petanda awal jam 10.43 pagi tadi selepas menemui kesan perkhemahan ketika kerja penggalian menggunakan jentera pengaut dijalankan di Sektor C.

Razali turut berkata pihaknya sudah mengenal pasti lokasi pencarian iaitu Sektor A (Hill View) dan Sektor C (Riverside) serta pencarian akan ditumpukan di kedua-dua sektor itu bagi mencari tiga lagi mangsa yang masih hilang.

Kami di Lejen Digital ingin mengucapkan salam takziah buat seluruh keluarga mangsa.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca