Nyanyian Sumbang Dan Bising, Ini Tradisi Pelik Mengganggu Pengantin Di Malam Pertama

Charivari adalah tradisi perkahwinan yang memalukan bagi pengantin baru. Ia merupakan nyanyian atau teriakan yang disertai bunyi pukulan periuk, cerek dan alatan lain yang akan mengeluarkan bunyi bising untuk mengganggu pengantin baru ketika malam pertama.

Tradisi ini berasal dari Perancis dan popular pada abad ke-19. Tradisi ini juga boleh ditemui di Amerika Syarikat dan Kanada.

Pada malam perkahwinan pengantin baru, satu perjumpaan akan diadakan dalam kalangan rakan-rakan, ahli keluarga dan tetamu. Mereka akan berkumpul di luar rumah pengantin dan kemudiannya membuat bunyi bising.

Mereka mengetuk periuk, cerek, drum, tin, tong dan bermacam-macam lagi serta menyanyi dengan suara sumbang yang boleh mengganggu pasangan pengantin baru.

Pelbagai cara akan digunakan semata-mata untuk mengganggu pasangan pengantin baru ini.

Artikel Lain Untuk Di Baca