Tradisi Membunuh Anak Cacat, Ini Adat Suku Karo Dan Himar Di Ethiopia

Suku kaum Karo dan Himar yang tinggal di pendalaman Ethiopia mengamalkan tradisi yang penuh sadis dalam keterpaksaan iaitu tradisi Mingi, di mana tradisi ini memaksa ibu bapa mengorbankan anak sendiri.

Mingi membawa maksud tidak sempurna dalam kepercayaan suku itu. Bagi mereka, maksud tidak sempurna itu adalah bayi yang dilahirkan cacat fizikal, kembar, bayi yang dilahirkan tanpa kebenaran ketua adat, bayi yang tumbuh gigi pertamanya dirahang atas dan bayi yang lahir daripada ayah yang tidak berjaya menyempurnakan tradisi lompat kerbau sebelum berkahwin.

Setiap kali seorang bayi dilahirkan, ia akan dirujuk kepada ketua puak yang akan memutuskan sama ada bayi tersebut adalah Mingi atau tidak.

Jika bayi itu Mingi, ia akan dibunuh dengan kejam dan tanpa kubur sebagai tanda mereka tidak pernah dilahirkan ke dunia.

Terdapat beberapa cara untuk membunuh bayi Mingi, seperti dibuang ke dalam sungai dipenuhi buaya, ditinggalkan di dalam hutan supaya mati kelaparan atau di makan binatang buas.

Dilaporkan setiap tahun, kira-kira 300 bayi menjadi korban tradisi Mingi.

Seorang ibu yang kehilangan 15 orang anak angkara tradisi Mingi ini terpaksa merelakan anaknya dirampas satu demi satu bagi menghormati tradisi yang diamalkan.

Semuanya berpunca daripada suaminya gagal menyempurnakan tradisi lompat kerbau sebelum berkahwin.

Pada tahun 2012, kerajaan Ethiopia telah mengharamkan tradisi Mingi, namun masih terdapat segelintir puak yang tidak mahu menerima anak yang dianggap Mingi dan tradisi ini masih diamalkan secara haram di kawasan-kawasan pendalaman.

Untuk mengelakkan daripada dibunuh, anak-anak Mingi akan diserahkan kepada pusat jagaan khas yang ditubuhkan oleh kerajaan Ethiopia untuk membela nasib mereka.

Kesimpulannya, anak sepatutnya dijaga dengan baik bukan dibunuh meskipun mereka dilahirkan tidak sempurna.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca