Tradisi Berkongsi Isteri Di Himalaya

Tashi Sangmo yang berumur 17 tahun telah berkahwin dengan seorang jirannya berusia 14 tahun di sebuah kampung terpencil di Himalaya, Nepal. Sangmo juga bersetuju untuk berkahwin dengan adik lelaki suaminya itu.

Di daerah Upper Dolpa, setiap keluarga perlu mengahwinkan anak lelaki dengan seorang wanita. Namun, amalan politeisme yang diamalkan di kampung itu semakin dilupakan kerana mengamalkan cara kehidupan moden. Amalan yang telah dilakukan selama seabad itu hanya diteruskan di kampung-kampung terpencil di Himalaya sahaja.

Sangmo berkata bahawa semuanya lebih mudah dengan cara ini kerana mereka berada di dalam satu keluarga. Harta tidak dikongsi dalam kalangan banyak isteri dan semuanya bertanggungjawab. Begitu juga dengan dua orang suaminya yang pulang ke rumah dengan membawa wang kepadanya kemudian Sangmo akan memutuskan cara untuk menggunakan wang tersebut.

Menurut Sangmo yang telah berkahwin dengan Mingmar sejak 14 tahun lalu, mereka telah bersepakat untuk hidup bersama meskipun Mingmar yang berumur 14 tahun pada ketika itu. Sangmo juga mempunyai tiga anak lelaki yang berumur lapan, enam, dan empat tahun.

Pasang iaitu suami Sangmo yang pertama berumur 25 tahun memberitahu bahawa kehidupan dia dan adiknya lebih mudah jika perkahwinan ini dikongsi bersama. Rumahnya yang terletak di Kampung Simen itu berada pada ketinggian 4000 meter dari paras laut dan mengambil masa lima hari untuk berjalan kaki ke bandar.

Penduduk Upper Dolpa ini sebenarnya merupakan sebahagian daripada kumpulan masyarakat yang membuka jalan antara Nepal dan Tibet. Mereka masih mengikuti tradisi ‘yak’ iaitu membawa garam dari Tibet dan beras dari dataran Terai.

Masyarakat Upper Dolpa tidak mempunyai banyak kekayaan kerana mereka kekurangan sumber daripada alam semula jadi. Walau bagaimanapun, amalan politeisme yang sudah menjadi tradisi mereka turut menghalang pembahagian harta antara keluarga.

Kebanyakan perkahwinan mereka telah diatur oleh pihak keluarga. Justeru, keluarga yang akan memilih isteri untuk anak sulungnya. Malah, ia turut membuka peluang kepada adik beradiknya untuk mengahwini wanita yang sama.

Isteri-isteri ini turut membantu menjaga adik-adik suaminya yang pada hakikatnya merupakan calon suami mereka walaupun masih muda. Hubungan seksual antara mereka berlaku sekiranya calon suami sudah cukup matang.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca