Toy Story 5, Tim Allen Sah Kembali Sebagai Buzz Lightyear

Veteran Hollywood, Tim Allen mengesahkan kepulangannya sebagai suara Buzz Lightyear dalam filem Disney dan Pixar iaitu Toy Story 5.

Sumber: Daily Express

Terdapat peminat yang terasa bimbang kemungkinan Tim Allen tidak kembali. Hal ini kerana filem francais itu pada tahun 2022, suara watak Buzz Lightyear dilakonkan oleh Chris Evans.

Namun kerisauan itu berakhir apabila Tim Allen memaklumkan sendiri kemunculannya dalam watak Buzz Lightyear menerusi ciapan di Twitter.

Malah melalui ciapan di akaun Twitter milik Tim Allen juga memberi bayangan bahawa pelakon suara untuk watak Woody iaitu Tom Hanks turut bakal muncul semula dalam filem tersebut.

Sumber: Fox News

Sebelum ini, Pegawai Eksekutif Disney iaitu Bob Iger mengumumkan mereka sedang dalam pembuatan sekuel baharu untuk filem Zootopia 2, Frozen 3 dan Toy Story 5.

Sumber: The Week

Walau bagaimanapun, Bob Iger mendedahkan bahawa pihak Disney merancang untuk memberhentikan 7 ribu pekerja. Tindakan ini kemungkinan berpotensi untuk menjimatkan syarikat sebanyak $5.5 billion (kira-kira RM21 bilion).

Tarikh tayangan atau segala perincian mengenai filem ini masih tiada butiran lanjut.

Tim Allen telah menjadi pelakon suara untuk watak Buzz Lightyear pada tahun 1995 lagi iaitu kali pertama filem ini dikeluarkan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca