Tiba sahaja bulan puasa, mesti semua terfikir tentang juadah berbuka yang dijual di bazar Ramadan. Kadang-kadang, kalau pergi bazar, mesti beli makanan sampai tak ingat dunia. Kali ini, kami kongsikan 6 juadah yang menjadi pilihan rakyat malaysia semasa bulan Ramadan:

1. Ayam Percik

Belum masuk lagi kawasan bazar, dah nampak asap dan bau semerbak ayam percik. Siapa sahaja yang boleh tahan, betul tak? Bau asap itu kalau dah sampai rumah pun tak hilang lagi.

2. Kuih Tepung Pelita

Kuih yang lembut dan cair dalam mulut ini merupakan pencuci mulut terbaik selepas selesai ‘mengkedarah’ segala nasi, ayam dan murtabak. Selalunya ia dibuat dalam acuan empat segi daripada lipatan daun pandan atau daun pisang untuk menaikkan lagi aroma kuih tersebut.

3. Roti John

Roti John ini walaupun mudah dibuat sendiri di rumah, namun ramai yang suka beli dari bazar. Kalau nak lagi sedap, order yang spesial siap ada letak cheese, fuh bila cair merembes dan bersatu dengan inti kari daging bertelur, sos cili, mayonis dan coleslaw memang boleh buat orang menangis gembira.

4. Air Tebu

Air tebu merupakan air yang menjadi kegemaran hampir semua orang kerana jusnya diperah menggunakan mesin di gerai itu sendiri. Boleh tengok live bagaimana mereka memasukkan batang-batang tebu ke dalam mesin yang kemudiannya mengalirkan jus tebu yang manis itu. Tambah sedikit ais, memang sedap!

5. Murtabak

Selalunya kalau dekat bazar, mesti berlambak-lambak peniaga jual murtabak. Jalan sikit mesti jumpa murtabak, jalan sikit lagi ada murtabak lagi. Kalau dapat beli yang sedap kira nasib baik. Buatnya dapat yang daging kedekut, harga mahal, rasa tak sedap, memang mengundang kemarahan!

Tips nak tahu murtabak itu sedap ke tak, tengok barisan pembeli sama ada panjang ke tidak. Lagi satu, kena tengok sama ada rupa murtabak itu mengecurkan air liur anda atau tidak. Selalunya kalau murtabak sedap mesti berwarna gelap seakan-akan golden brown.

6. Ayam atau Kambing Golek

Makanan golek-golek ini memang selalu jadi ‘juara’ dan laris dijual semasa bulan puasa. Siapa sahaja yang tak terliur tengok kambing dan ayam gemuk-gemuk itu kena golek di khalayak ramai?

Jadi, anda paling suka beli makanan apa kalau pergi bazar Ramadan?

Penulis

  • Muhammad Aizam Azmi adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda
Sumber:

Oh Bulan