Berdasarkan Laporan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2019, Universiti Malaya telah pun merekodkan pencapaian yang baik apabila berada pada tangga 87 dalam ranking dunia.

Bagaimanapun, mengikut laporan terbaharu yang dikeluarkan oleh QS World Rankings 2020, Universiti Malaya kini dilihat masih mengekalkan kedudukannya dalam senarai 100 universiti terbaik di dunia iaitu pada tangga ke-70.

Ini bermakna, Universiti Malaya (UM) berada pada tangga teratas dalam senarai terkini ranking Universiti Awam/IPTS Terbaik di Malaysia 2019/2020 dan kemudiannya diikuti oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berada dalam kelompok 400 universiti terbaik dunia.

QS University Ranking merupakan agensi berpangkalan di United Kingdom yang melaksanakan penarafan universiti di peringkat serantau dan dunia berdasarkan kepada beberapa indikator seperti berikut:

1. Reputasi akademik

2. Reputasi majikan

3. Nisbah pelajar kepada fakulti

4. Penerbitan hasil kajian setiap fakulti

5. Sitasi penerbitan

6. Nisbah fakulti antarabangsa

7. Nisbah pelajar antarabangsa

Berikut penulis kongsikan 20 senarai Universiti Terbaik Malaysia 2020 berdasarkan kepada kedudukan di Asia dan Dunia mengikut penilaian QS University Rankings: Asia 2019 dan QS World University Rankings 2019/2020.

Tahniah diucapkan kepada Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia kerana berjaya mengekalkan kedudukan sebagai Top 5 Universiti Terbaik di Malaysia.

Oleh itu, diharapkan agar perkongsian kali ini dapat dijadikan sebagai pengetahuan mutakhir dan panduan kepada pembaca khususnya para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Selamat maju jaya!

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda