Top 10 Bandar Paling Kerap Dikunjungi Di Dunia, Kuala Lumpur Di Tangga Ke-9

Adakah anda tahu bandar apakah yang paling ramai pengunjung di dunia? Mungkin anda akan menyebut nama-nama bandar daripada negara yang popular misalnya Paris, London, atau New York. Namun kenyataannya, bandar yang paling ramai pengunjung di dunia bukanlah daripada salah satu negara tersebut.

Menurut The Spectator Index melalui Euromonitor International berikut adalah 10 bandar yang ramai dikunjungi oleh pengunjung untuk tahun 2018:

Melalui apa yang anda lihat, Hong Kong berada di tempat pertama sebagai bandar yang paling ramai pengunjung di dunia dengan 29.8 juta orang pengunjung. Seterusnya, disusuli oleh Bangkok yang berada di turutan kedua manakala London di turutan ketiga dengan mendapat 20.7 juta orang pengunjung.

Munculnya Hong Kong dan Bangkok di turutan teratas sebagai bandar yang paling ramai pengunjung di seluruh dunia dan ia sekaligus telah membuatkan nama Asia turut terkenal. Jika diperhatikan secara keseluruhan, penelitian ini membuktikan bahawa jumlah pelancong yang mengunjungi bandar-bandar di Asia berada di peringkat yang tertinggi ketika ini dengan 7 daripada 10 adalah bandar-bandar dari Asia.

“Senarai ini tidak mengejutkan kerana bilangan pelanjong China semakin meningkat”

Seperti apa yang dikatakan, China kekal menjadi negara yang mempunyai bandar yang paling ramai dilawati oleh pelancong dunia dengan Hong Kong kerana mempunyai kedudukan yang strategik selain memiliki keluasan tanah yang besar.

Mungkin kedudukan Kuala Lumpur di tangga ke 9 akan meningkat naik pada tahun 2019 dan 2020 dengan adanya kempen tahun melawat Malaysia 2020.

Sumber: Twitter The Spectator Index

Artikel Lain Untuk Di Baca