Tony Fernandes Jual Aset Mewah Miliknya Di Scotland

Pandemik COVID-19 bukan sahaja melanda dunia, bahkan turut menjejaskan kesihatan orang ramai dan juga memberi kesan terhadap sektor ekonomi negara. Pelbagai industri telah terkesan teruk dengan kemunculan wabak ini terutamanya syarikat penerbangan, di mana jumlah penerbangan telah di hadkan membuat syarikat memilih untuk mengurangkan kos operasi dengan membuang separuh daripada pekerjanya.

Sumber: MalayMail

Dipercayai COVID-19 ini turut memberi kesan kepada pengasas syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes yang dikatakan menjual hartanah mewah miliknya di Scotland. Rumah agam yang terletak di Ayrshire, Scotland itu dianggarkan bernilai 2.5 juta Pound bersamaan dengan RM13.55 juta dan berkeluasan 125 ekar persegi.

Sumber: SabahKini

Aset mewah ini berjaya dibelinya pada tahun 2013 yang dilengkapi dengan lima buah bilik berserta bilik simpanan wain, gimnasium, sauna dan gelanggang tenis. Berdasarkan laporan, penjualan estet itu termasuklah tiga kediaman yang terdiri daripada Skeldon House, Castle Cottage dan Coach House.

Difahamkan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia itu membuat keputusan untuk menjual sebahagian dari asetnya bagi menyelamatkan empayar perniagaannya di mana beliau pernah menetap di Skeldon House di Dalrymple, Ayrshire selama tujuh tahun.

Sumber: TheStar

Seperti yang kita sedia maklum, pintu antarabangsa masih lagi ditutup rapat dan tidak membenarkan sebarang kapal terbang mendarat di mana-mana negara yang terjejas termasuklah Malaysia. Hal ini berikutan telah melumpuhkan sektor penerbangan di seluruh dunia.

Ini sememangnya tahun yang sukar buat syarikat pimpinan Tony Fernandes apabila dapat dilihat beliau kini cuba menambah model bisnes yang lain sepanjang tempoh pandemik selain bergantung kepada penerbangan kos rendah.

Semoga kita dijauhkan dari pandemik ini dan berharap rantaian COVID-19 dapat diputuskan segera.

Untuk membaca artikel berkaitan, klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca