Tonton Trailer The Lion King Yang Terkini

Disney telah mengeluarkan trailer baharu untuk filem The Lion King yang bakal ditayangkan pada 19 Julai 2019, dan ia menunjukkan beberapa rakaman yang belum pernah kita lihat sebelum ini.

Filem ini merupakan pembikinan semula daripada filem asal The Lion King yang pernah ditayang pada tahun 1994 dan mencatat kutipan pecah panggung.

Trailer ini memaparkan Serengeti sebagai latar belakang dan menggunakan lagu ‘Circle of Life’ yang merupakan lagu opening daripada filem asalnya. Antara selebriti yang tampil meminjamkan suara mereka untuk filem ini termasuklah Daniel Glover sebagai Simba dan Beyonce sebagai Nala.

Pasti ramai yang tidak sabar untuk menonton The Lion King versi live action ini. Mari kita sama-sama lihat trailer filem tersebut.

Artikel Lain Untuk Di Baca