Kelihatan seperti ada insan yang pemurah dan baik hati kerana sudi berkongsi tentang satu daripada rakaman deleted scene yang hanya boleh ditonton sekiranya anda melanggan MCU Infinity Saga Box Set.

Adegan yang telah dipadam itu dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna Twitter bernama Adam Khan.

Klip video berkenaan memaparkan situasi bagaimana Peter Parker sedang bekerja keras menyelamatkan ahli Guardians Of The Galaxy (GOTG) sewaktu sibuk menentang Thanos di planet Titan.

Menurut laporan pihak media Vocket, terdapat beberapa sebab mengapa adegan ini perlu dipotong.

Antaranya adalah disebabkan oleh tempoh adegan yang terlalu panjang sedangkan Runtime bagi Infinity War telah ditetapkan sebanyak 2 jam 40 minit sahaja.

Maka, untuk mengelakkan pembaziran masa, adegan ini terpaksa dipotong oleh pihak produksi.

Wah, beruntung sekali rasanya kerana berpeluang melihat sedutan adegan yang seharusnya difilemkan bersama namun tidak menjadi atas sebab tertentu. Jadi, terima kasih Adam Khan!

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda
Sumber:

Vocket, Twitter