Search
Close this search box.

Tongkang Sepanjang 100 Meter Ditemui Tersadai Di Pantai Melawi Bachok

Sebuah tongkang besar yang berukuran 100 meter ditemui tersadai di Pantai Melawi, Bachok pada petang Khamis semalam. Kehadiran tongkang misteri tersebut telah menimbulkan beberapa tanda tanya kepada orang ramai.

Menurut Deputi Superintendan Mohammad Ismail Jamaluddin, Ketua Polis Daerah Bachok, tongkang itu dikatakan berada di lokasi tersebut sejak awal pagi Khamis lagi.

Tongkang ditemui tersadai di persisiran Pantai Melawi, Bachok, Kelantan. Sumber: Sinar Harian

Kehadiran tongkang yang hanyut itu pada mulanya disedari oleh seorang pemilik sebuah pusat peranginan di kawasan tersebut. Sebelum pihak polis datang menemuinya pada waktu petang.

“Pihak kami menemui tongkang berkenaan semasa membuat rondaan di kawasan berkenaan pada jam 5.30 petang.

“Siasatan awal mendapati tongkang berkenaan berketinggian lebih kurang lapan meter dan tertulis MMS 009 SC 4726 di sisi badannya,” kata beliau kepada pemberita pada hari Jumaat.

Butiran pemilik dan maklumat tongkang berkenaan kini sedang disemak pihak polis dengan Jabatan Laut Malaysia.

“Kita juga menyemak laporan-laporan dengan daerah sempadan sekiranya terdapat mana-mana syarikat atau pemilik persendirian yang kehilangan tongkang.”

Tambah beliau lagi, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai tongkang ini boleh salurkan kepada pihak mereka dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok di talian 09-7788222.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca