Tomok Dan Isterinya Timang Cahaya Mata Perempuan

Semalam, penyanyi, Tomok membuat hantaran dengan mendedahkan bayi perempuan baharunya di Instagram.

Beliau mengaku itu merupakan impian isterinya yang inginkan anak perempuan setelah dikurniakan anak lelaki sebelum ini iaitu Arrian yang berusia lapan tahun dan Andra yang berusia lima tahun.

“Assalamualaikum semua, Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan seorang baby girl hari ini. Alhamdulillah terima kasih Allah swt. Terima kasih semua atas ucapan dan doa buat isteri dan anak saya,” tulisnya di hantaran itu.

Bayi perempuan itu diberitahu selamat dilahirkan oleh isterinya, Rahayu Abas pada jam satu tengahari semalam.

“Alhamdulillah impian mahukan anak perempuan ini lebih kepada isteri saya. Rezeki menyebelahinya.

Sebelum ini, kami dikurniakan dua hero. Kali ini, isteri saya ada geng. Bolehlah pakai sedondon nanti,” tambah Tomok.

Menurut beliau, isteri dan bayi mereka dalam keadaan sihat.

Susulan hantaran itu, rata-rata warganet dan juga selebriti mengucapkan tahniah kepada beliau dan isteri.

Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, mendirikan rumah tangga dengan Ayu pada 2 Julai 2011.

Untuk membaca artikel lain berkaitan selebriti, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca