Tom Holland Beri Kejutan Istimewa Buat Pesakit Kanak-Kanak Di Korea

Baru-baru ini, pelakon Hollywood terkenal Tom Holland memberi kejutan istimewa buat pesakit kanak-kanak di Hospital Kanak-Kanak Universiti Seoul, Korea. Beliau hadir dengan berkostum lengkap Spiderman.

Beliau berkunjung ke Korea untuk mempromosikan filem terbaru berjudul, ‘Spiderman: Far From Home’ yang telah ditayangkan di seluruh pawagam di setiap negara.

Tom juga begitu ramah melayan pesakit kanak-kanak yang ingin bergambar bersamanya. Senyumannya yang tidak lekang itu menunjukkan bahawa beliau juga gembira dapat bertemu dengan mereka.

Beliau sendiri yang merancang mahu berkunjung ke hospital itu kerana mahu menceriakan pesakit kanak-kanak di hospital itu.

Kami kongsikan gambar-gambar menarik Tom Holland bersama kanak-kanak di hospital:

Artikel Lain Untuk Di Baca