“Tolong Jangan Undi Saya”-Lelaki Rusia Ini Merayu Untuk Digagalkan

Lelaki Rusia merayu untuk digagalkan

Seorang lelaki Rusia merayu untuk digagalkan dalam sebuah program realiti di China. Vladislav Ivanov atau nama pentasnya, Lelush mohon untuk tidak diundi.

Ivanov telah menyertai sebuah pertandingan kumpulan lelaki Produce Camp 2021 dimana beliau kemudiannya menyesal dengan keputusannya itu.

Produce Camp 2021 merupakan sebuah program yang berasal dari Korea dimana 90 peserta akan bertanding dan kemudiannya menjadi 11 orang ahli kumpulan lelaki internasional.

Lelaki Rusia berumur 27 tahun ini telah menjadi sebuah sensasi di China disebabkan keberatannya untuk meneruskan pertandingan tersebut.

Pada asalnya, Ivanov adalah seorang penterjemah untuk program realiti itu namun pihak produser memintanya untuk mendaftar sebagai peserta kerana tertarik dengan rupanya.

Tidak dapat untuk meninggalkan program itu tanpa melanggar kontrak dan membayar denda, Ivanov memohon agar penonton untuk mengundinya keluar.

Sepanjang berada di situ, dia telah menunjukkan prestasi yang buruk dengan harapan agar dirinya tidak diundi.

Bahkan, personalitinya yang separuh hati, bosan dan kadang kalah marah itu telah membuatkan para penonton lebih tertarik.

Hal ini kerana apa yang dilakukan oleh Ivanov merupakan sesuatu yang berbeza dari idola-idola muda industri yang lain.

Sepanjang program itu berlangsung selama tiga bulan, kumpulan peminatnya semakin bertambah dan mukanya terpampang di pusat membeli belah di seluruh China.

Sumber: South China Morning Post

“Jangan biarkan saya mara ke final, saya penat.” ujarnya namun perkara sebaliknya berlaku dan dia berada di program itu sehingga episod terakhir.

Setelah diumumkan mara ke final, Ivanov merengus memakan sebiji lemon di kamera dan berharap agar penonton tidak mengundinya lagi.

Merupakan salah seorang daripada 25 finalis, Ivanov akhirnya diundi keluar pada 24 April lalu yang merupakan episod terakhir.

“Akhirnya dapat balik dari kerja,” ujarnya yang dimuatnaik di akaun Weibo pada keesokan hari.

“Tahniah, selamat berehat,” balas kedutaan Rusia di laman web tersebut.

Apa pendapat anda mengenai perkara ini?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca