Tolak Tepi Jawatan Pengurus Syarikat, Wanita Ini Sanggup Jaga Bapa Hidap Strok Selama 15 Tahun

Kisah seorang wanita yang berasal dari China, bernama Li Qin, mempunyai sifat penyayang telah menyentuh hati berjuta-juta orang setelah dia menjaga ayahnya yang terbaring kerana sakit selama 15 tahun dengan sepenuh hati.

Dia yang dahulunya pernah bekerja sebagai pengurus syarikat telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja hanya kerana ingin menjaga satu-satunya ahli keluarganya yang sedang sakit, sehingga dia mengambil masa tiga jam untuk menguruskan ayahnya yang memerlukan pertolongan.

Anggota badan ayahnya perlu dibersihkan setiap dua jam. Walaupun hidupnya penuh dengan cabaran, dia menganggap dirinya sangat beruntung kerana dapat menghabiskan masa dengan menjaga ayahnya.

Sungguh menyedihkan apabila dia sangat berharap agar dapat mendengar sekali lagi namanya disebut dan keluar dari mulut ayahnya.

Ayahnya telah diserang penyakit strok sehingga tidak dapat menggerakkan badan atau bercakap dan hanya dapat berkomunikasi dengan orang lain menggunakan isyarat kerdipan mata atau merengek.

Meskipun usianya mencecah 30 tahun dan masih belum berkahwin, tetapi dia sangat senang untuk menjaga dan merawat ayahnya. Dia percaya bahawa ayahnya memahaminya dengan baik walaupun tidak dapat bercakap.

Dia turut berterima kasih kepada ayahnya kerana mengajarnya menjadi seorang yang kuat dan tabah.

“Tidak kira apa yang berlaku, saya tetap mahu ayah saya berada disisi selamanya. Saya berharap ayah dapat menjalani kehidupan yang sihat dan panjang”, katanya.

Sebelum ini, kami pernah kongsikan kisah yang hampir sama seperti cerita di atas. Untuk baca artikel penuh, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca