Tolak Kekasih Sehingga Mati, Lelaki Homoseksual Ini Dihukum Penjara 4 Tahun

Seorang lelaki telah menjadi mangsa bunuh kekasih sendiri selepas dia ditolak keluar dari rumah sehingga jatuh daripada laman rumah yang tinggi.

Frederic Pallade, 48, cedera parah di kepala selepas terjatuh di atas tempat pejalan kaki di hadapan rumah yang dikongsi bersama kekasih, Andrew Tudor Jones di Clydach, Swansea.

Mangsa yang juga merupakan warga Perancis telah disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Dalam sebuah sesi soal siasat, Andrew menafikan dia telah membunuh kekasihnya itu. Lelaki terbabit berkata dia hanya menolak lembut kekasihnya di hadapan pintu rumah mereka di Gellionnen Road.

Walau bagaimanapun, Andrew telah disabitkan kesalahan setelah sebuah perbicaraan terhadap kes itu dijalankan di Swansea Crown Court.

Juri telah mendengar daripada beberapa orang saksi bahawa semasa hari kejadian, mangsa kelihatan sangat tertekan dan telah cuba menelefon keluarga dan rakan-rakan.

Pada hari yang sama, Andrew yang juga bekerja sebagai seorang pegawai bank telah pulang ke rumah usai makan tengahari bersama teman-teman sekerja.

Saksi memberitahu bahawa suspek dan mangsa telah bertikam lidah tidak lama kemudian.

Namun begitu, Andrew masih lagi berkeras dengan kenyataannya yang dia hanya menolak lembut kekasihnya. Tambah lelaki itu lagi, dia telah memberitahu mangsa yang digelar ‘Fred’ untuk pergi menghirup udara segar dan menenangkan diri.

Andrew berkata dia tidak tahu menahu bagaimana mangsa boleh terjatuh kerana setelah dia menyuruh mangsa keluar, dia telah masuk semula ke dalam rumah untuk membersihkan kediaman mereka yang bersepah akibat pergaduhan terbabit.

Juri telah memanggil seorang jiran yang telah mendengar pertelingkahan antara kedua-dua pasangan homoseksual itu. Menurutnya, dia melihat mangsa seolah-olah terbang di udara setelah terjatuh daripada laman rumah mereka yang tinggi.

Bukti forensik turut menemui sepasang tapak kaki berkasut di tanah taman terbabit yang bukan milik mangsa berikutan si mati ditemui dalam keadaan tidak berkasut.

Andrew telah dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun atas kesalahan membunuh. Semasa perbicaraan, suspek menyatakan bahawa dia menyesal dan berasa bersalah terhadap kematian kekasihnya itu.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca