TMJ Tawar Stadium Sultan Ibrahim Untuk Harimau Malaya

Oleh kerana Stadium Nasional Bukit Jalil sedang dalam proses penambahbaikan, TMJ izinkan pasukan Harimau Malaya guna Stadium Sultan Ibrahim.

Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) akan ditutup sepenuhnya bermula bulan Mac bagi penukaran rumput baru jenis Zeon Zoysia.

Proses pertukaran padang di SNBJ daripada rumput jenis Cowgrass kepada rumput Zeon Zoysia dijangka akan mengambil masa selama enam bulan.

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu pemilik kelab Johor Darul Ta’zim telah berjumpa dengan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin dan skuad Harimau Malaya menerusi satu sesi perjumpaan di Padang Latihan Wisma FAM.

“Setelah berbincang dengan Menteri KBS (Kementerian Belia dan Sukan), Hannah Yeoh berkenaan penyelenggaraan padang SNBJ bermula Mac ini.

“Saya telah berjumpa dengan Presiden FAM untuk berkongsi ‘update’ (kemaskini) dan menawarkan Stadium Sultan Ibrahim untuk digunakan Harimau Malaya sementara menunggu SNBJ siap,”

Stadium Sultan Ibrahim adalah stadium rasmi untuk pasukan Harimau Selatan. Ia dirasmikan pada 22 Februari 2020 terletak di Gelang Patah, Iskandar Puteri.

Stadium ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang ada di sekitar Bandaraya Johor Bahru seperti pusat latihan, pusat perubatan dan penginapan para pemain.

Ia juga adalah sebuah stadium spesifik bola sepak yang mampu memuatkan 40 ribu penyokong.

Tunku Ismail bertitah, inisiatif ini bagi memastikan pasukan kebangsaan dapat melangsungkan mana-mana perlawanan membabitkan peringkat antarabangsa.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca