Tisu Payudara Dimakan Tumor Sehingga Bengkak Sebesar Saiz Kepala, Wanita Ini Nekad Rawat Sendiri

Disebabkan tidak mampu membayar kos rawatan bagi mengubati barah payudara yang dideritainya, seorang wanita dari Manila, Filipina nekad merawat penyakitnya itu sendirian dengan menggunakan minuman herba atau ubat tradisional.

Malang bagi Christina Ombao, 39, apabila kondisi tubuhnya bertambah buruk apabila tumor tersebut telah memakan semua tisu payudaranya sehingga menyebabkan bengkak sebesar saiz kepala.

Ibu kepada empat orang anak ini didiagnosis menghidap barah payudara tahap empat pada tahun 2016 namun Christina memilih untuk lebih menumpukan perhatian kepada anak-anak berbanding kesihatan dirinya.

“Kami tidak mempunyai wang yang cukup untuk membiayai rawatan penyakit saya. Saya mempunyai anak berusia dua tahun ketika itu.”

“Masa saya banyak dihabiskan dengan menjaga mereka. Kami tiada wang untuk ke hospital. Saya tahu saya dalam kesakitan. Sakit ini menyebabkan saya berasa tidak selesa dan susah tidur,” ulas Christina mengenai keputusannya itu.

Christina terpaksa berhenti kerja kerana kesihatan fizikalnya yang semakin merosot sehingga terpaksa berhenti kerja.

Suami Christina, Alberto Cabilin yang bekerja dalam bidang industri pembinaan terpaksa menjaga empat anak mereka yang berusia antara enam hingga 11 tahun.

Christina yakin penyakitnya bermula selepas mengalami kemalangan ketika bekerja.

“Dulu saya pernah menjadi pengasuh. Pernah suatu ketika payudara saya terhantuk ketika bermain bersama kanak-kanak yang dijaga. Saya yakin itulah puncanya,” katanya.

Buat masa ini, keluarga dan rakan Christina sepakat mengumpul wang bagi membiayai rawatan wanita itu di hospital di Sagay City yang terletak beberapa jam dari rumahnya.

Buat masa ini, Christina dan keluarganya masih menunggu hasil keputusan hospital.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca