Tips Untuk Meraih Azam Tahun Baru

Bila tibanya tahun baru, kita sering mendengar mengenai “Azam Tahun Baru.” Kepada mereka yang masih belum dapat laksanakan azam tahun 2018 tak mengapa, boleh lakukan di tahun 2019 dan pastikan untuk berjaya mencapainya.

Menurut kajian, antara azam yang paling popular adalah untuk menurunkan berat badan dan berhenti merokok.

Kebanyakan kita juga berazam untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik. Ini termasuklah mahu melangsaikan semua hutang piutang dan menabung dengan lebih konsisten. Sebenarnya kalau difikirkan, walaupun azam itu pelbagai, kebanyakan kita mempunyai azam tahun baru yang hampir serupa.

Tips Azam Tahun Baru

1. Senaraikan Azam Anda

Senaraikan segala azam baru yang anda ingin capai.Sebenarnya dengan berazam ini, kita dapat mendisplinkan diri kita.

2. Azam Yang Realistik

Anda seharusnya membuat azam yang realistik. Pastikan anda mampu dan kebarangkalian untuk anda capai adalah tinggi.

3. Bersungguh-Sungguh Mencapai Azam

Pastikan anda berusaha untuk mencapai azam anda. Jangan hanya semangat anda yang berkobar-kobar tapi anda sudah mula leka dari landasan.

4. Berikan Ganjaran Pada Diri Sendiri

Janjikan ganjaran pada diri anda sendiri selepas berjaya melaksanakan azam anda. Sekurang-kurangnya ia mampu membakar semangat anda.

5. Catatkan Azam Anda

Pamerkan azam anda di tempat yang mudah dilihat. Jika anda berazam untuk kurus, anda boleh letakkan azam anda di peti sejuk.

6. Kongsikan Bersama Rakan

Anda mungkin lebih mudah untuk mencapai azam anda jika anda berkongsikan azam anda bersama rakan. Ia akan menaikkan semangat  untuk mencapai kejayaan anda itu.

Semoga para pembaca dapat mencapai semua azam untuk tahun 2019.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2019!

Artikel Lain Untuk Di Baca