“Alamak, esok ada exam pukul 9 pagi, tapi tak habis baca semua bab lagi! Aduh, macam mana ni?”
Haa, penulis yakin mesti anda semua pernah berada dalam situasi sebegini. Kesuntukkan masa untuk mengulang kaji pelajaran gara-gara sering study last minute. Tidak salah sebenarnya untuk mengamalkan tabiat study last minute jika anda tahu caranya. Jom kita belajar kaedah study last minute yang betul.
- Membaca semula slide/nota
Daripada anda membaca kesemua isi kandungan dalam buku teks, lebih baik anda semak semula nota yang diberikan oleh guru/pensyarah kerana biasanya isi yang terkandung dalamnya lebih ‘straight to the point’ dan mudah difahami. Selain itu, kebanyakkan nota yang diberikan merupakan point yang penting dan selalu ditanya dalam ‘exam’.
2. Highlight Isi Penting

Gunakan pen anda yang berwarna-warni dan highlightkan setiap point penting yang anda jumpa. Buat nota kecil berdasarkan point tersebut. Selain memudahkan untuk menghafal, nota kecil juga lebih mudah untuk dibawa.
3. Fokus Pada Bab Penting

Memandangkan anda kesuntukan masa anda boleh semak semula course guideline yang diberikan. Di situ anda akan dapat mengenal pasti antara topik-topik penting yang pernah diberitahu oleh guru/pensyarah anda. Fokus dan fahamkan apa isi-isi penting bab tersebut.
4. Baca Sepintas Lalu
Selepas selesai membuat nota dan membaca bab-bab penting, anda boleh mebaca sepintas lalu bab yang telah dipelajari bagi memastikan yang anda betul-betul faham akan sesuatu bab tersebut. Bacaan sepintas lalu juga dapat mengenal pasti sama ada anda telah benar-benar menguasai sesuatu topik atau tidak.
5. Tips Menghafal
Sekiranya anda masih tidak yakin, anda boleh menggunakan kaedah menghafal. Ambik point-point penting lalu gunakan acronym untuk memudahakan anda mengingati setiap isi penting bagi bab yang anda telah hafal.
Apa-apa pun, pastikan sebelum menghadapi peperiksaan pastikan bahawa otak anda mendapat rehat yang cukup agar anda tidak blank ketika exam!