Bagi wanita yang menjaga kecantikan dan kesihatan kulit, sunblock atau krim perlindungan cahaya matahari adalah suatu kemestian yang disapu setiap hari. Ia mampu melindungi kulit wajah dari sinaran matahari yang berbahaya sekaligus mengurangkan pelbagai risiko masalah kulit.
Cumanya, masa nak memilih sunblock tu ada yang tulis spf15, spf30 dan spf50. Jadi, nak pilih yang mana satu ni?
Pertama sekali, anda perlu tahu apa itu SPF. SPF adalah singkatan untuk sun protection factor dan ia adalah kiraan yang merujuk kepada seberapa lama produk tersebut boleh melindungi kulit kita
Cara kiraan spf:
Contoh: spf15
Kita perlu tolak satu daripada nilai spf itu.
Misalnya, spf 15 bermaksud (15-1)/15 iaitu 0.93.
So, 93% sunblock itu dapat lindungi kulit kita daripada sinaran uv. Untuk kulit putih, biasanya hanya boleh bertahan 10 minit, kulit kuning langsat pula biasanya 15 minit dan kulit sawo matang ,20 minit.
Semakin gelap kulit kita, semakin kuat ia mampu bertahan di bawah sinaran UV kerana kandungan pigmen melanin yang tinggi.
Contoh kiraan:
Untuk korang berkulit putih, jika menggunakan spf 15, maka sunblock itu mempunyai masa lebih kurang 15×10=150 minit untuk bertahan.
Kulit sawo matang, 15×20= 300 minit
Selain daripada nilai spf, kriteria lain untuk memilih sunblock adalah perlu mempunyai perlindungan dari sinaran UV (ultraviolet) A & B. UV A adalah sinaran UV yang boleh menembusi lapisan kulit yang menyebabkan kulit menjadi tua (penuaan) , berkedut, kusam dan masalah dalaman kulit yang lain. UV B pula adalah sinaran yang tidak menembusi lapisan kulit dan hanya menyerang lapisan luar kulit sahaja. Jadi ia boleh menyebabkan kulit terbakar (sunburn). Oleh kerana itu, kita perlu cari sunblock yang mempunyai pertahanan kepada UVA & UVB.
Kesimpulannya, untuk memilih sunlock yang betul, pastikan pilih spf yang sesuai dengan jenis kulit dan aktiviti kita. Sama ada jenis spray, gel tau krim. Penting juga untuk korang pilih sunblock yang mempunyai UVA dan UVB.
Sumber: Dr. Erna Nadia dari Medical Mythbusters Malaysia