Tips Pemilihan Minyak Wangi Yang Sesuai

Semburan minyak wangi yang sesuai bukan saja mampu membuatkan seseorang kelihatan lebih menarik, tetapi juga boleh menghilangkan tekanan seharian selain membantu menjadikan diri lebih berkeyakinan.

Sungguh pun begitu, masalah yang sering dihadapi oleh anda ialah kesukaran memilih minyak wangi yang sesuai disebabkan kemunculan pelbagai jenis aroma di pasaran dalam perisa berbeza. Selain itu, reka bentuk botol yang menawan juga menyebabkan pelanggan keliru mengenai wangian yang sesuai dengan personaliti dan bau badan mereka.

Terdapat beberapa panduan dalam memilih minyak wangi antaranya:

Kulit

Setiap minyak wangi akan mencetuskan aroma berbeza apabila terkena kulit. Oleh itu, pastikan kita mencuba dulu dengan membuat semburan pada kulit dan bukannya baju.

Jangan membelinya hanya kerana anda tertarik dengan reka bentuk botol yang menarik dan jenamanya sahaja tanpa mengambil kira adakah wangian tersebut benar-benar sesuai dengan anda.

Bau

Ketika membeli, pastikan kita meminta pandangan rakan atau beauty advisor mengenai minyak wangi yang sesuai. Biasanya, mereka akan memberikan pandangan yang berbeza dan anda boleh membuat perbandingan yang manakah lebih sesuai untuk anda.

Bahan dan perisa

Minyak wangi boleh dipilih berdasarkan bahan, esktrak dan perisa yang digunakan. Antaranya berasaskan buah-buahan, bunga-bungaan,sayur-sayuran, rempah ratus, kayu dan sebagainya. Lazimnya, estrak bunga-bungaan mempunyai aroma yang lembut dan manis, jelas sekali sesuai untuk mereka yang ingin tampil feminin dan menawan.

Iklim dan musim

Memilih minyak wangi juga harus mengambil kira iklim dan musim. Minyak wangi yang baik untuk musim sejuk tidak semestinya baik untuk musim panas. Oleh itu, amat penting memilih minyak wangi sesuai bukan saja pada kulit tapi iklim dan musim.

Selain itu, pilih haruman mengikut masa serta perayaan yang akan diraikan. Sebagai contoh, ada minyak wangi sesuai untuk dipakai ketika menghadiri acara santai bersama teman-teman dan ada juga wangian yang tidak sesuai untuk dibawa ke pejabat.

Oh ya, antara tip yang anda boleh lakukan untuk mengekalkan ketahanan aroma adalah dengan menyemburkan minyak wangi pada nadi, pergelangan tangan, siku dan belakang telinga.

Artikel Lain Untuk Di Baca