Sudah tiba masa untuk anda berhenti merokok pada tahun baharu ini. Larangan merokok di premis makanan juga sudah pun mula berkuat kuasa 1 Januari.
Bagaimanapun, berhenti merokok bukannya mudah namun masih ada harapan buat orang muda yang baru bermula.
Terdapat pelbagai cara yang disenaraikan sekiranya anda membuat carian di media sosial, namun anda mungkin tidak pasti yang mana satu lebih berkesan dan sesuai untuk anda.
Sebelum itu, ketahui mengapa anda harus berhenti merokok?
1. Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
2. Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
3. Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta
jangkitan telinga, hidung dan tekak.
4. Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah dan boleh mendapat asma.
Tips terbaik untuk berhenti merokok.
1. Melengah-lengahkan
– Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
2. Menarik nafas panjang
– Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
3. Minum air
– Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein
4. Menyibukkan diri
– Buat sesuatu untuk mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok
5. Menjauhkan diri
– Elakkan bergaul dengan kawan yang merokok
6. Mengunyah sesuatu
– Mengunyah sesuatu seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis.
Kepada para pembaca yang mempunyai azam untuk berhenti merokok semoga perkongsian tips ini dapat membantu anda. Semoga berjaya!
Oh yea, untuk para pembaca yang ingin mengetahui update terkini Lejen Press boleh lah ikuti channel telegram Lejen Press
Jangan lupa juga untuk follow Instagram : @lejenpress Facebook: Lejen Press Twitter: @LejenPress