Informasi artikel ini diperolehi daripada Akram Zulkifli.
Pernahkah anda mengadu di media sosial tentang kelajuan internet di telefon bimbit anda? Jika ya, anda pasti ingin tahu jawapan kepada masalah tersebut. Sebuah aplikasi yang dinamakan sebagai OpenSignal telah viral di Twitter baru-baru ini. Ia adalah sebuah aplikasi untuk mengenal pasti kelajuan rangkaian internet telefon bimbit yang terpantas di kawasan anda.
Mana tahu, mungkin anda perlu menukar kepada rangkaian yang lebih baik. Berikut merupakan langkah mudah untuk memuat turun aplikasi OpenSignal di dalam telefon bimbit anda.
- Buka App Store atau Google Play Store
Bagi pengguna iphone, sila buka app store anda dan tulis sahaja “OpenSignal” dan muat turun. Dan bagi pengguna Android pula, sila pergi ke Google Play Store.
2. Pastikan anda benarkan aplikasi ini untuk mengesan lokasi anda.
3. Tekan Coverage di bahagian bawah
4. Tunggu dalam beberapa saat untuk aplikasi ini mengenal pasti gps anda, kemudian tekan compare performance.
Itu sahaja. Dengan ini, para pengguna boleh mengesan rangkaian yang terbaik untuk telefon bimbit masing-masing. Harap aplikasi ini dapat membantu anda dalam menggunakan internet di mana jua anda berada. Tahniah juga kepada Maxis kerana menjuarai carta.
Bagaimana pula dengan line telefon anda? Rasa macam nak kena tukar tak?