Tips Ketika Menjalani Pemeriksaan Doktor: Adakah Pakaian Anda Juga Memainkan Peranan?

Pernahkah anda berada dalam situasi dimana setibanya giliran anda untuk membuat pemeriksaan dengan doktor di hospital atau klinik, anda tidak tahu apa yang harus dilakukan? Situasi tersebut pastinya membuatkan anda berasa tidak selesa dan kekok. Jadi untuk mengatasi masalah tersebut berikut merupakan tips yang boleh anda amalkan!

 

  • Pemeriksaan Paru-Paru

Semasa doktor sedang melakukan pemeriksaan paru-paru,pastikan anda tidak bercakap apabila doktor sudah memakai stetoskop. Bukan apa, ini kerana doktor tidak akan mendengar apa yang anda katakan.

Selain itu, cara bernafas yang betul semasa doktor sedang melakukan pemeriksaan paru-paru adalah dengan bernafas degan keadaan mulut sedikit terbuka. Disamping itu, jika doktor ingin mendengar bunyi degupan jantung anda, bernafaslah dengan lembut melalui hidung anda.

 

Foto: Kementerian Kesehatan Republik Indonesia

 

 

  • Pemeriksaan Kerongkong

Sesetengah pesakit tidak mahu membuka mulut apabila doktor ingin memeriksa mulut mereka dengan alasan mereka khuatir mulut mereka berbau atau mereka berasa tidak selesa apabila kayu penekan lidah atau dikenali sebagai spatula digunakan.

Oleh itu,sekiranya anda ingin pemeriksaan tersebut berlaku dengan cepat dan selesa, anda haruslah mengikuti arahan yang diberikan. Antara tips yang anda boleh gunakan ialah apabila doktor suruh anda menyebut “Aah”, ia hendaklah disebut dengan menggunakan suara supaya lelangit mulut anda akan terangkat.

Disamping itu juga, untuk mengelakkan doktor daripada terpaksa menggunakan spatula, pastikan anda membuka mulut anda dengan luas. Secara automatik ianya akan membuatkan pangkal lidah anda turun dan melembutkan lelangit anda.

 

Foto: Protection Life

 

  • Pemeriksaan Perut

Jika doktor ingin memeriksa perut anda, mereka perlu melihat penanda anatomi di badan anda bagi mengenal pasti kawasan yang sakit. Oleh itu, anda digalakkan untuk menggambarkan rasa sakit yang anda alami dengan istilah memulas, kembung, pedih dan lain-lain bagi memudahkan doktor mengenal pasti punca kesakitan anda.

Antara perkara lain yang anda boleh lakukan apabila doktor memeriksa perut anda ialah pastikan anda tidak menahan nafas semasa doktor menekan abdomen anda. Sebaliknya anda harus menghembus nafas. Ini akan memudahkan pemeriksaan doktor.

 

 

Etika Berpakaian

Antara perkara lain yang sering dipandang ringan oleh para pesakit apabila datang untuk melakukan pemeriksaan ialah mereka sering memakai pakaian yang menyukarkan para doktor untuk memeriksa mereka. Oleh itu elakkanlah daripada:

 

  • Seluar jeans skinny jika mahu kaki diperiksa
  • Jubah sekiranya anda mahu membuat pemeriksaan kehamilan
  • Baju lengan panjang yang tebal sekiranya mahu membuat pemeriksaan darah
  • Tudung lilit sekiranya mahu telinga diperiksa

 

Haa senang bukan? Jadi selepas ini pastikan anda mengamalkan tips di atas apabila anda melakukan pemeriksaan kesihatan. Kan lebih memudahkan kerja doktor!

Artikel Lain Untuk Di Baca