Tips Doktor Ini Tentang Parut Jerawat Adalah Jawapan Yang Anda Cari Selama Ini

“Bila jerawat dah hilang, nak kena hadap masalah parut pula. Bermacam-macam produk dah cuba tetapi hasilnya tetap sama.”

Pasti ramai dalam kalangan pembaca yang pernah melalui fasa pertumbuhan jerawat dan sekarang sedang dalam proses menghilangkan bekas dan parut jerawat pada wajah. Tidak dinafikan, masalah parut ini kadang-kadang jauh lebih sukar untuk ditangani berbanding jerawat.

Baru-baru ini, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Irma Shida telah berkongsi beberapa tips untuk menghilangkan parut jerawat pada wajah di akaun Twitter milik beliau sendiri. Perkongsian tersebut telah berjaya mencuri perhatian warga laman sosial itu sehingga ia meraih hampir 8,000 ulang kicau dan 13,000 tanda suka.

Berikut kami kongsikan tips-tips dari Dr. Irma Shida yang pasti akan meletakkan titik noktah terhadap masalah parut pada wajah anda:

1. Gunakan skrub muka atau chemical exfoliator (AHA)

Sumber: The Best Face Scrub

Menurut Dr. Irma Shida, penggunaan skrub muka atau chemical exfoliator seperti asid glikolat, asid laktik dan asid mandalik secara konsisten akan menunjukkan perubahan pada parut di wajah dari masa ke masa. Namun begitu, pastikan penjagaan kulit asas anda sudah kukuh sebelum menggunakan sebarang chemical exfoliator.

Pada masa yang sama, sekiranya kulit anda masih mempunyai jerawat, elakkan daripada menggunakan skrub kerana ia akan membuatkan jerawat menjadi makin teruk. Fokus untuk menghapuskan jerawat terlebih dahulu sebelum menghilangkan parut. Apabila jerawat sudah tidak berani ‘mendiami’ wajah anda, barulah boleh beralih kepada masalah parut pula.

Pemilihan skrub juga sangat penting kerana tekstur skrub yang terlalu kasar akan merosakkan permukaan kulit. Jadi, pastikan anda menggunakan skrub dengan tekstur yang halus dan lembut pada kulit.

2. Gunakan produk yang mengandungi bahan pencerah

Sumber: Women’s Health

Antara bahan pencerah yang efektif untuk pudarkan dan hilangkan parut pada wajah termasuklah niacinamide, arbutin dan juga galactomyces. Jadi, jika anda mengalami masalah parut, pastikan produk penjagaan kulit yang anda gunakan mengandungi bahan-bahan ini atau bahan pencerah yang lain.

3. Gunakan serum vitamin C

Sumber: Skinsei

Untuk pengetahuan semua, vitamin C ini bukan hanya bagus untuk kulit kusam tetapi ia juga sangat berkesan untuk hilangkan parut. Memandangkan ia merupakan bahan aktif, pastikan penjagaan kulit asas anda sudah cukup kukuh sebelum menggunakan apa-apa produk yang berasaskan vitamin C.

Salah satu serum vitamin C yang boleh membantu mengatasi masalah parut berwarna dan parut tenggelam ialah Radiant White Vitamin C Serum dari Dr. Irma Skincare.

Anda boleh dapatkan Radiant White Vitamin C Serum pada harga RM89 di Shopee atau laman sesawang rasmi Dr. Irma.

4. Sentiasa pakai krim pelindung matahari

Sumber: Allure

Ramai yang mengambil enteng tentang penggunaan krim pelindung matahari. Menurut Dr. Irma Shida, krim pelindung matahari yang kita sering sebut sebagai sunblock atau sunscreen adalah langkah paling penting dalam penjagaan kulit. Malah, ia juga wajib dipakai meskipun anda hanya duduk di dalam rumah.

Berbalik kepada masalah parut, ia akan menjadi lebih gelap apabila seseorang itu tidak memakai krim pelindung matahari. Jadi, pastikan anda sentiasa memakainya setiap dua jam.

Semoga perkongsian di atas dapat membantu anda semua untuk menangani masalah parut pada wajah. Untuk lebih banyak tips penjagaan kulit, anda boleh ikuti Dr. Irma Shida di Twitter dan Instagram.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang Dr. Irma Skincare, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Instagram: www.instagram.com/drirma.skincare

Twitter: twitter.com/drirmaskincare

Facebook: www.facebook.com/drirmaskincare

Website: drirma.com

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca