Tips Doktor Ini Tentang Kulit Kusam Adalah Jawapan Yang Anda Cari Selama Ini

“Muka dah bersih daripada jerawat tapi kulit pula kusam. Macam-macam produk dah cuba tapi semua tak jalan.”

Pasti ada dalam kalangan pembaca yang mempunyai masalah kulit kusam. Meskipun kulit bebas daripada sebarang jerawat atau parut, kulit kusam menyebabkan wajah seseorang kelihatan letih dan tidak bermaya.

Baru-baru ini, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Irma Shida telah berkongsi beberapa tips untuk mengatasi masalah kulit kusam di akaun Twitter milik beliau sendiri. Perkongsian tersebut telah berjaya mencuri perhatian warga laman sosial itu sehingga ia meraih hampir 5,000 ulang kicau dan 7,000 tanda suka.

Berikut kami kongsikan tips-tips daripada Dr. Irma Shida yang pasti akan meletakkan titik noktah terhadap masalah kulit kusam yang ada hadapi selama ini:

1. Pastikan anda mempunyai penjagaan kulit asas yang kukuh

Menurut Dr. Irma Shida, ia adalah amat penting untuk memastikan penjagaan kulit asas anda sudah kukuh dan sesuai dengan kulit. Penjagaan kulit asas yang kukuh di sini bermaksud anda sudah menemui pencuci muka, toner, pelempab dan juga krim pelindung matahari yang sesuai dengan kulit masing-masing. Apabila penjagaan kulit asas sudah cukup kukuh, barulah anda boleh menggunakan produk-produk lain bagi mengatasi masalah kulit kusam.

2. Sentiasa pakai krim pelindung matahari

Ramai yang sering mengambil mudah tentang penggunaan krim pelindung matahari. Menurut Dr. Irma Shida, krim pelindung matahari yang kita sering sebut sebagai sunblock atau sunscreen adalah langkah paling penting dalam penjagaan kulit.

Hal ini demikian kerana sinaran UV berupaya untuk membuat kulit menjadi kusam. Jadi, pastikan anda sentiasa menggunakan krim pelindung matahari meskipun hanya duduk di dalam rumah.

3. Gunakan skrub muka

Selain memakai krim pelindung matahari, satu lagi benda penting dalam penjagaan kulit wajah yang ramai sering ambil enteng adalah penggunaan skrub. Fungsi utama skrub muka adalah untuk menyingkirkan sel kulit mati pada wajah di samping membersihkan pori-pori yang tersumbat. Apabila sel kulit mati sudah tiada, maka barulah produk-produk lain boleh menyerap ke dalam kulit dengan sempurna.

Pemilihan skrub juga sangat penting kerana tekstur skrub yang terlalu kasar akan merosakkan permukaan kulit. Jadi, pastikan anda menggunakan skrub dengan tekstur yang halus dan lembut pada kulit.

4. Gunakan produk yang mengandungi bahan pencerah

Penggunaan produk yang mengandungi bahan pencerah secara konsisten akan membuatkan kulit kusam menjadi berseri atau kita sering sebut sebagai glowing.

Sekiranya anda mencari produk yang mampu mengatasi masalah kulit kusam, Lunaglow dari Dr. Irma Skincare adalah jawapan kepada masalah anda. Anda boleh dapatkan produk Lunaglow ini di Shopee atau laman sesawang rasmi Dr. Irma.

5. Gunakan serum vitamin C

Ujar Dr. Irma Shida, vitamin C sangat efektif untuk mengatasi masalah kulit kusam. Memandangkan ia merupakan bahan aktif, pastikan penjagaan kulit asas anda sudah cukup kukuh sebelum menggunakan apa-apa produk yang berasaskan vitamin C.

Salah satu serum vitamin C yang boleh membantu mengatasi masalah kulit kusam ialah Radiant White Vitamin C Serum dari Dr. Irma Skincare. Radiant White Vitamin C Serum boleh didapati dengan harga RM89 di Shopee atau laman sesawang rasmi Dr. Irma.

6. Minum air putih secukupnya

Semua orang tahu betapa pentingnya untuk minum air putih secukupnya. Jelas Dr. Irma Shida, kulit cantik bukan hanya bergantung kepada produk yang kita guna tetapi apa yang kita makan dan minum juga memainkan peranan yang penting. Jadi, pastikan anda minum air putih secukupnya terutama sekali di bulan Ramadan ini.

Semoga perkongsian di atas dapat membantu anda semua untuk menangani masalah kulit kusam. Untuk lebih banyak tips penjagaan kulit, anda boleh ikuti Dr. Irma Shida di Twitter dan Instagram.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang Dr. Irma Skincare, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Instagram: www.instagram.com/drirma.skincare

Twitter: twitter.com/drirmaskincare

Facebookwww.facebook.com/drirmaskincare

Website: drirma.com

Sebelum ini, kami ada berkongsi tips untuk menangani masalah parut jerawat pada wajah. Untuk baca artikel penuh, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca