Tips Doktor Ini Akan Bantu Anda Hilangkan Masalah Parut Jerawat Berlubang

Pasti ada dalam kalangan pembaca yang pernah melalui fasa pertumbuhan jerawat. Selalunya, jerawat yang tidak diundang itu akan meninggalkan kesan parut pada wajah. Tidak dinafikan, masalah parut ini kadang-kadang jauh lebih sukar untuk dirawat berbanding jerawat sendiri, lebih-lebih lagi parut jenis dalam dan berlekuk.

Baru-baru ini, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Irma Shida telah berkongsi beberapa cara yang boleh membantu mengurangkan parut jenis dalam dan berlekuk pada wajah di akaun Twitter milik beliau sendiri. Tinjauan kami mendapati bahawa perkongsian tersebut telah berjaya meraih perhatian warga laman sosial itu sehingga ia meraih hampir 2,000 tanda suka.

Berikut kami kongsikan cara-cara untuk menghilangkan masalah parut jenis dalam dan berlekuk sepertimana yang dikongsikan oleh Dr. Irma Shida:

1. Chemical peel

Sumber: Ms Britney M

Menurut Dr. Irma Shida, rawatan chemical peel bertindak membuang lapisan kulit lama dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit baharu. Rawatan ini menggunakan losyen berasid dengan kekuatan berbeza bergantung kepada tahap kedalaman parut pada wajah anda. Selalunya, rawatan chemical peel ini jauh lebih murah berbanding rawatan laser.

2. Microneedling

Sumber: Elle

Proses microneedling akan menggalakkan pertumbuhan kolagen pada kulit wajah sekali gus mendorong kulit untuk sembuh dengan sendiri. Dari masa ke masa, parut yang tadi dalam dan berlekuk akan menjadi rata selepas beberapa sesi rawatan microneedling. Untuk pengetahuan anda, rawatan ini menggunakan alatan dermaroller atau dermapen.

3. Laser

Bagi mereka yang mahukan parut untuk hilang dalam masa yang singkat, maka rawatan laser adalah jawapannya. Walau bagaimanapun, kos rawatan laser agak tinggi berbanding rawatan-rawatan lain iaitu kira-kira RM300 ke ribuan ringgit setiap sesi bergantung kepada jenis laser yang disarankan oleh pakar kulit anda. Selalunya, anda perlu menjalani beberapa sesi dan barulah parut akan hilang sepenuhnya.

4. Guna produk yang mengandungi retinol

Sumber: Byrdie

Cara yang paling murah tetapi efektif untuk menghilangkan parut jenis dalam dan berlekuk adalah dengan menggunakan produk yang mengandungi retinol. Retinol yang juga dikenali sebagai vitamin A ini bersifat sebagai exfoliating ingredient. Dari masa ke masa, penggunaan produk yang mengandungi retinol akan membantu membuang lapisan kulit lama dan menggantikannya dengan kulit baharu.

Salah satu produk yang mengandungi gabungan retinol dan vitamin C untuk membantu mengatasi masalah parut berwarna dan parut tenggelam ialah Radiant White Vitamin C Serum dari Dr. Irma Skincare.

Anda boleh dapatkan Radiant White Vitamin C Serum di Shopee pada harga RM89 ataupun di laman sesawang rasmi Dr. Irma.

Apa-apa pun, Dr. Irma Shida turut menegaskan bahawa kunci untuk memulihkan apa jenis masalah kulit sekalipun adalah konsistensi. Tiada produk atau rawatan yang mampu membuat muka menjadi licin bak kulit telur selepas sekali penggunaan atau satu sesi sahaja.

Semoga perkongsian di atas dapat membantu anda semua untuk menangani masalah parut dalam dan berlekuk pada wajah. Untuk lebih banyak tips penjagaan kulit, anda boleh ikuti Dr. Irma Shida di Twitter dan Instagram.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang Dr. Irma Skincare, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Instagram: www.instagram.com/drirma.skincare

Twitter: twitter.com/drirmaskincare

Facebookwww.facebook.com/drirmaskincare

Website: drirma.com

Untuk membaca artikel-artikel lain berkenaan tips penjagaan wajah, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca