Tips Di Dapur: Ketahui Rahsia Di Sebalik Warna ‘Cutting Board’ Anda!

Pernahkah anda mengalami keracunan makanan? Kebiasaannya keracunan makanan akan terjadi gara-gara makanan yang diambil tidak dimasak atau dicuci dengan bersih sebelum dimakan.

Antara simptom yang akan dialami apabila keracunan makanan ialah loya, muntah, cirit-birit dan dehidrasi.

Foto: Google

Namun, tahukah anda bahawa jangkitan kuman juga boleh berlaku semasa anda sedang memotong makanan. Contohnya, pemindahan bakteria boleh berlaku melalui proses cross-contamination. Bakteria akan berpindah daripada alatan yang digunakan atau tangan yang telah tercemar.

Dalam kebanyakan kes, papan pemotong merupakan punca utama kepada kes keracunan makanan. Oleh itu, antara cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko keracunan makanan ialah asingkan alatan yang digunakan semasa menyediakan makanan. Contohnya, asingkan papan pemotong anda mengikut kategori masing-masing.

Menggunakan Papan Pemotong Berlainan

Warna-warna papan pemotong ini akan membantu anda agar tidak ‘mencampurkan’ papan pemotong yang dikhaskan untuk jenis makanan yang mana. Berikut adalah warna papan yang berbeza dan kegunaan masing-masing:

  • Hijau: Buah-buahan & Sayuran
  • Kuning: Ayam mentah
  • Biru: Makanan Masak
  • Putih: Produk Tenusu
  • Tan: Ikan & Makanan Laut
  • Merah: daging mentah
Foto: Google

Sekarang anda sudah tahu bukan? Jadi lepas ni boleh lah anda mula asingkan papan pemotong anda mengikut kegunaan tersendiri.

Semoga bermanfaat buat semua!

Artikel Lain Untuk Di Baca