Tips Buat Pemilik Kucing Agar Si Comel Riang

Tahukah anda bahawa haiwan juga boleh berasa tertekan dan murung apabila terkurung dalam sesuatu tempat dalam jangka masa yang lama termasuklah si comel anda di rumah?

Berikut kami kongsikan tips untuk si kucing sentiasa gembira dan ceria:

1.Ruang khas dengan pemandangan luar

Sumber: Chewy-Pet Central

Kucing yang tinggal dalam rumah akan cepat berasa bosan kerana kebiasaannya mereka akan melakukan perkara yang sama dan melihat pemandangan yang sama. Oleh itu, pemilik kucing boleh menyediakan satu ruangan khas buat si kucing seperti ruangan yang memudahkannya melihat pemandangan luar tingkap.

2. Permainan

Sumber: PetCoach

Kucing sememangnya haiwan kecil yang lincah apabila diberi sesuatu. Memberi mainan kepada kucing bukan sahaja mampu menstimulasikan tingkahlaku mereka malahan menjadikkanya aktif dan tidak hanya tidur sentiasa kerana bosan. Anda boleh membelikan permainan tetikus untuk si kucing.

3. Pos pencakar dan perabot

Sumber: The MamaMiau

Sudah sifat kucing memang gemar mencakar terutamanya sofa anda, betul bukan? Konklusinya, anda boleh membeli pos pencakar atau perabot khas buat si comel anda selain dapat menguatkan otot mereka.

4. Makanan

Sumber: Chewy – Pet Central

Perkara paling penting untuk menggembirakan si comel anda semestinya pemilihan makanan yang sesuai buat mereka. Pastikan si manja anda mendapatkan makanan yang kaya dengan komposisi nutrisi terbaik seperti protein, lemak dan serat yang mencukupi.

Diharapkan perkongsian di atas boleh membuat si comel anda sentiasa gembira.

Untuk membaca artikel berkaitan, klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca