Tinggalkan Goo Hara Semasa Usia 9 Tahun, Ibu Kini ‘Demand’ Harta Peninggalan Anak

Selebriti terkenal Korea Selatan, Goo Hara didedahkan telah hidup sengsara sepanjang hayatnya sebelum membuat keputusan untuk menamatkan riwayatnya sendiri pada 24 November tahun lalu.

Untuk dijadikan cerita, abang mendiang telah memfailkan saman kepada ibu kandung mereka melibatkan pembahagian harta gadis tersebut.

Mana tidaknya, wanita itu berkata bahawa dia layak untuk mendapat 50% daripada harta peninggalan anaknya sebagai seorang ibu padahal dia lari daripada rumah semasa Hara memasuki usia sembilan tahun.

Anggap permintaan itu tidak masuk akal, bapa mendiang menjelaskan bahawa wanita itu meninggalkan anak-anaknya semasa mereka masih kecil.

Kesannya, ayah mendiang bekerja di pelbagai tempat untuk menampung perbelanjaan anak-anaknya dan adik-beradik itu pula terpaksa menghabiskan zaman persekolahan mereka tanpa kasih sayang seorang ibu. Sepanjang tempoh tersebut, Hara dan abangnya dijaga oleh nenek mereka.

Dalam pada itu, nota yang ditulis penyanyi berkenaan pada tahun 2016 meruntun hati warganet selepas gadis itu meluahkan perasaan rindu terhadap ibunya.

Memetik laporan Kimchi Daily, nota itu berbunyi, “Saya rindukan ibu saya. Saya mahu ibu saya mengetahui bahawa saya merinduinya. Ia sering tersekat di dalam dan saya tak mampu meluahkannya. Akhirnya, ia tenggelam kembali. Saya semakin terdesak dan melalui perasaan ini lebih daripada orang lain.”

Sebagai rekod, ahli keluarga mendiang kini sedang melalui proses undang-undang untuk merebut harta peninggalannya.

Untuk pengetahuan anda, prosedur pembahagian harta itu adalah secara 50-50 di mana ia akan diberikan kepada abang dan ibunya. Namun, abang mendiang turut meluahkan ketidakpuasan hatinya dengan keputusan berkenaan.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan selebriti antarabangsa, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca