Tinggal Lama Di Negara Orang, Sarimah Ibrahim Bersyukur Masih Fasih Bertutur Dalam Bahasa Melayu

Baru-baru ini, pengacara dan pelakon Sarimah Ibrahim meluahkan rasa syukur di laman Twitter kerana dia masih fasih bercakap dalam bahasa Melayu meskipun tinggal lama di negara orang.

“Saya lahir di Ireland, belajar di sekolah kebangsaan di sini (Malaysia). Kemudian ke Cambridge High School di Abu Dhabi, The Emirates International School Dubai dan Wesley College, Dublin.”

“Saya bersyukur kerana ayah bertutur dalam bahasa Melayu dengan saya sepanjang berada di luar negara.”

“Jadi, bila pulang ke Malaysia pada tahun 1996, saya masih boleh bercakap bahasa Melayu,” coretnya.

Perkongsian Sarimah itu ternyata berjaya mencuri perhatian warganet apabila ia mendapat hampir 10,000 ulang kicau dan 16,000 tanda suka.

Rata-rata warganet meninggalkan komen positif di ruangan Replies tweet pelakon berdarah kacukan Ireland itu. Mereka memuji Sarimah kerana tidak melupakan bahasa ibunda meskipun menetap lama di negara orang.

Pada masa yang sama, mereka turut memuji cara Sarimah bertutur dalam bahasa Melayu ketika mengacarakan sesebuah majlis atau program memandangkan ia sangat baik dan lancar.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca