Tinggal Lagi 24 Jam Untuk Berkahwin, Sophie Turner Memilih Untuk Memutuskan Hubungan Dengan Joe Jonas

Pelakon terkenal, Sophie Turner berkongsi tentang sesuatu yang berlaku sebelum dia menamatkan zaman bujangnya bersama dengan penyanyi popular, Joe Jonas.

Menerusi temu bual bersama The Sunday Times, pelakon berusia 23 tahun itu bercerita tentang situasi yang mencemaskan di mana dia sebenarnya memutuskan hubungan dengan Joe Jonas sehari sebelum mereka mendirikan rumah tangga.

“Itu merupakan hari terburuk dalam hidup kami,” kata Sophie.

Walau bagaimanapun, perpisahan itu tidak lama kerana mereka sedar bahawa tindakan yang diambil itu salah. Pada masa yang sama, mereka juga saling mencintai antara satu sama lain.

“Kami takut nak berkahwin. Tapi, 24 jam kemudian, semuanya kembali seperti biasa.”

“Joe yang banyak membantu untuk menenangkan saya di saat emosi tidak stabil,” ujarnya.

Pasangan dua merpati sejoli ini melangsungkan perkahwinan pada 2 Mei lalu di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Apa yang menariknya, cincin gula-gula berwarna merah dan hijau digunakan oleh mereka bagi memeterai upacara sebagai suami dan isteri.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca