Tinggal Komen ‘Kelakar’ Terhadap Jennie BlackPink, Zizan Razak Dikecam Warganet

Walaupun ia tidak salah untuk meninggalkan komen pada laman media sosial selebriti tempatan mahupun antarabangsa, peminat ataupun individu berkenaan perlu memastikan ia mempunyai unsur positif dan baik.

Baru-baru ini, Jennie daripada kumpulan ikonik K-pop iaitu BlackPink telah memuat naik sekeping foto untuk tatapan peminatnya. Walaupun dirinya mungkin hanya mahu berseloroh, tindakan pelawak terkenal tanah air iaitu Zizan Razak meninggalkan komen tidak sensitif terhadap selebriti berkenaan telah membangkitkan kemarahan warganet.

Sumber: Kimchi Daily

Komen pelawak terkenal itu turut tersebar ke laman Twitter. Menurut tinjauan kami di laman Twitter, rata-rata warganet menganggap bahawa ia tidak kelakar dan komen seperti itu tidak seharusnya dianggap sebagai sesuatu yang normal:

Tidak berhenti di situ, ada juga yang membandingkan perbezaan komen yang ditinggalkan oleh Zizan dengan selebriti dari negara lain di ruangan entri yang sama.

zizan razak dikecam tinggal komen di instagram jennie
Sumber: Kimchi Daily

Dalam pada itu, tinjauan kami turut mendapati Zizan sudah pun memadam komen berkenaan. Walaupun ia kelihatan remeh, komen tersebut mungkin akan membuatkan peminat BlackPink dan penyanyi itu sendiri berasa kurang selesa.

Untuk pengetahuan anda, BlackPink yang dianggotai oleh Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa membuat kemunculan pertama dalam industri hiburan Korea Selatan pada 8 Ogos 2016 menerusi Boombayah dan Whistle.

Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan BlackPink, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca