Tinggal ‘Hand Sanitizer’ Dalam Kenderaan Ketika Cuaca Panas Undang Risiko Kebakaran

Jabatan bomba Western Lake Oconomowoc di Wisconsin, Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada orang ramai tentang bahayanya meninggalkan pensanitasi tangan di dalam kenderaan sewaktu cuaca panas.

Menerusi satu hantaran di laman Facebooknya, agensi keselamatan itu memuat naik sekeping gambar pintu sebuah kereta yang terbakar dan ia dikatakan berpunca daripada pensanitasi tangan yang diletak di dalam kereta tersebut.

Tulisnya lagi, kebanyakan pensanitasi tangan yang digunakan oleh orang ramai adalah berasaskan daripada alkohol dan perkara ini akan menyebabkannya mudah terbakar. Sudah pasti kejadian begini amat membahayakan keselamatan semua.

Oleh sebab itu, menyimpannya di dalam kereta semasa cuaca panas dan mendedahkannya ia pada punca api seperti rokok boleh mengundang bencana yang tidak diingini.

Walaupun mungkin kes sebegini belum lagi berlaku, tetapi tidak salah untuk orang ramai terus berjaga-jaga dan peka terhadap perkara ini.

Pensanitasi tangan boleh dikatakan satu benda yang wajib ada pada setiap individu atau keluarga pada musim wabak begini. Hal ini kerana ia mampu membunuh virus daripada merebak dan sudah pasti ia sangat kerap digunakan oleh orang ramai terutamanya yang berisiko tinggi untuk dijangkiti.

Kesimpulannya, simpanlah pensanitasi tangan anda di tempat yang selamat dan sesuai supaya kejadian yang diperkatakan ini dapat dielakkan.

Untuk baca artikel lain berkenaan hand sanitizer, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca