Rocky atau nama sebenarnya Park Min Hyuk secara rasminya telah keluar dari kumpulan K-Pop yang popular iaitu kumpulan ASTRO.
Perkara ini disahkan sendiri oleh syarikat agensi kumpulan K-Pop tersebut yang bernama Fantagio dengan mengumumkan bahawa kontrak Rocky sudah tamat dan tidak sambung lagi dengan syarikat itu.

Hal ini mengejutkan ramai peminat ASTRO yang digelar sebagai AROHA kerana bukan sahaja keluar dari kumpulan, malah Rocky turut mengambil keputusan untuk tidak lagi berada di bawah naungan syarikat agensi tersebut.

Kumpulan ASTRO terdiri daripada enam orang ahli termasuk Rocky. Antara ahli ASTRO ialah Cha Eun Woo, Moon Bin, MJ, Jinjin dan Sanha.
Berikut adalah kenyataan yang dikongsikan oleh Fantagio bagi mengumumkan berita mengenai isu yang berkenaan.

Menerusi kenyataan tersebut, mendapati pihak syarikat dan Rocky sudah mengadakan perbincangan yang panjang.
Namun begitu, keputusan telah pun dibuat bahawa Rocky akan menamatkan aktivitinya sebagai ahli kumpulan ASTRO dan juga menamatkan kontraknya.

Menurut Fantagio lagi, untuk masa hadapan kumpulan ASTRO akan diteruskan dengan lima ahli kumpulan dan akan memberi tumpuan lebih dalam aktiviti solo dan unit masing-masing.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: