Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan baru-baru ini, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk sentiasa berada di rumah dan hanya keluar jika ada keperluan.
Pasti ramai yang memilih platform dalam talian untuk membeli barangan keperluan harian termasuk membuat pesanan makanan melalui perkhidmatan penghantaran makanan.
Baru-baru ini, tular di media sosial Twitter satu ciapan yang dimuat naik oleh seorang pengguna @_tashbunny.
Beliau difahamkan ada menyediakan makanan ringan dan minuman untuk ‘geng rider’ yang menghantar barangan serta makanan di hadapan kediaman rumahnya.
Decided to do something small to show appreciation to my abang and kakak delivery.
— Tashbunny ✨ 🎮 (@_tashbunny) January 15, 2021
Just waiting on the air kotak and mineral water to arrive ❤️ pic.twitter.com/4dttZ6A7MC
Mendapat inspirasi daripada seorang warganet dari Amerika Syarikat (AS), beliau juga berasa tersentuh apabila terserempak dengan rider yang membawa anak ketika bertugas baru-baru ini.
“Saya dapat idea daripada Twitter. Ada orang dari Amerika letak snek di luar rumah untuk golongan rider. Saya sebenarnya jarang membuat pembelian secara dalam talian.
Saya bagaimanapun makin kerap membuat pembelian secara dalam talian sebab kes Covid-19 meningkat ditambah pula dengan PKP,” katanya.
Tambahnya lagi, beliau juga berharap agar perjalanan semua rider dalam tugasan mereka dilindungi dan sentiasa dalam keadaan selamat.
Susulan ciapan tersebut ditular di Twitter, rata-rata warganet menghargai kegiatan murni yang diperlihatkan oleh wanita tersebut dan ada juga yang berseloroh mahukan alamatnya untuk dapatkan snek percuma.


Malah ada juga warganet melakukan perkara sama kepada para rider dan berharap menjadi tauladan kepada orang lain bagi membuatkan hari rider di luar sana lebih ceria di kala cabaran yang ditempuhi di jalanan.


Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan rider, anda boleh klik pada pautan di bawah: