Tindakan Wanita Ini Pandu Masuk Kereta Ke Dalam Lapangan Terbang Bikin Orang Ramai Kelam-Kabut

Semalam, suasana di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus bertukar menjadi kelam-kabut buat seketika selepas munculnya sebuah kereta di dalam bangunan tersebut.

Sumber: Twitter @manarianz5

Dalam insiden yang berlaku sekitar jam 5.30 petang itu, seluruh kakitangan LTSM dan orang awam menjadi panik setelah melihat seorang wanita dengan selambanya memandu masuk ke dalam kawasan bangunan tingkat satu iaitu balai ketibaan.

Memetik laporan Harian Metro, wanita yang berusia 55 tahun itu dikatakan mengalami tekanan perasaan dan memandu sehingga masuk ke kawasan bangunan LTSM.

Walau bagaimanapun, mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber: Twitter @manarianz5

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus iaitu Kapten (PA) Ahmad Kamal Hakim Ngah mengatakan bahawa pihaknya menerima panggilan pada jam 5.36 petang sebelum empat orang anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Wanita itu yang juga merupakan anggota APM segera masuk ke dalam ambulans APM sebaik sahaja ternampak kenderaan jabatan,” kata Ahmad Kamal.

“Selepas hampir satu jam, dia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu iaitu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din mengesahkan ada menerima laporan kejadian dan siasatan lanjut kini sedang dijalankan.

Sebelum ini, kami ada kongsikan beberapa artikel tentang tekanan dan kemurungan. Anda boleh klik pada pautan di bawah untuk membaca artikel penuh:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca