Biadab, itulah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan perbuatan sekumpulan remaja yang tular baru-baru ini menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di laman Twitter.
Menurut individu yang berkongsi video tersebut, beberapa orang remaja yang dipercayai berusia bawah 17 tahun bertindak melekatkan satu cawan di atas meja dengan menggunakan gam gajah di sebuah restoran mamak.
Menerusi video berdurasi tiga saat itu, salah seorang petugas di restoran berkenaan dilihat sedang mengikis gam yang diletakkan di tapak cawan dengan menggunakan sebilah pisau.
SO THERES THIS KID SOMEWHERE BELOW 17 TAHUN RAMAI RAMAI LEPAK THEN GAM GAJAH CAWAN KACA TU DEKAT MEJA. APA MASALAH BUDAK BUDAK NI SIAL. MAMAK TU TAK BUAT APA APA MASALAH PUN. 🤦🏻♂️🤦🏻♂️🤦🏻♂️🤦🏻♂️🤦🏻♂️ @ MAMAK THAQWA pic.twitter.com/RVHzt1rxrG
— eman (@tehpeng_) August 31, 2019
Video yang dikongsikan oleh individu di sebalik akaun @tehpeng_ itu mendapat perhatian warganet di mana ia kini menerima lebih 21,000 ulang kicau dan 10,000 tanda suka. Malah, ia juga ditonton lebih 600,000 kali oleh pengguna Twitter.
tak cerita lagi budak budak tu siap cat called semuaa perempuan yg lalu buat bunyi tikus mcm nak mampos. Haih aku semak betul lah. Kecik kecik tak- pic.twitter.com/Ovo6FilONd
— eman (@tehpeng_) August 31, 2019
Tidak cukup dengan melekatkan gelas pada meja, pemilik akaun Twitter itu mendakwa remaja-remaja berkenaan turut bertindak kurang sopan ke atas beberapa orang perempuan yang melewati kawasan tersebut.
Dalam pada itu, tinjaun kami di ruangan Replies mendapati tindakan remaja terbabit mengundang kecaman daripada warganet. Berikut kami kongsikan beberapa coretan daripada warganet:
Inilah yang buat petition nak rambut panjang dekat sekolah. Nak stylish tapi bodoh
— JinSoulie (@loonaaffair) September 1, 2019
Suruh mamak tu cek cctv n print gmba depa tampal kt smua mamak.. jgn bagi msok
— mottin (@cagukuwangi) September 1, 2019
cari budak-budak tu, letak gam berkualiti tinggi dekat dahi dia bagi lekat dekat meja.
— SZF (@keiford37) August 31, 2019
Bro, pesan kat mamak tu, kalau nampak diorang dtg lain kali, letak gam kat kerusi diorang pulak.. biar dia rasa mcm mana kena gam gajah kat kerusi.. 🤣🤣
— Mentor Yazid (@mentoryazid) August 31, 2019
Check cctv pastu report polis.. ini juga salah satu kes yang boleh dikategorikan sebagai vandalisme
— Uncle Ddiy (@adiehussin94) August 31, 2019
Tahun 2020 bakal menjelma tidak lama lagi. Persoalannya, kenapa masih ada rakyat Malaysia yang memilih untuk menjadi sampah masyarakat? Beginikah akhlak segelintir remaja menuju ke arah Wawasan 2020? Sama-sama kita renungkan.