Ribuan pengunjung membanjiri pesta kolam yang dianjurkan di Maya Beach Water Park dekat Wuhan, China pada minggu lalu.
Pesta berkenaan membabitkan festival tarian elektronik bersama deejay dan para penari yang menggayakan pakaian berwarna-warni. Selain itu, ia turut mempunyai pertunjukan piroteknik iaitu seni membuat bunga api dan mercun.

Sekiranya Wuhan menyerupai kota hantu ketika pihak kerajaan kuat kuasa perintah berkurung, festival ini jelas sekali menunjukkan gambaran yang sangat berbeza daripada apa yang berlaku pada awal tahun ini.
Namun, apa yang membangkitkan kemarahan orang ramai ialah pengunjung pesta berkenaan dilihat tidak mengamalkan penjarakan fizikal. Tidak berhenti di situ, sebahagian besar daripada pengunjung festival berkenaan tidak memakai pelitup muka.
Untuk pengetahuan anda, pesta itu merupakan sebahagian daripada Festival Muzik Elektronik HOHA dekat Happy Valley Wuhan. Ia bermula pada 11 Julai lalu dan akan berakhir pada 30 Ogos ini.
Dalam pada itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet tidak bersetuju dengan tindakan warga Wuhan yang kelihatan seperti telah melupakan wabak yang mengorbankan 784,353 orang di seluruh dunia pada waktu artikel ini ditulis:
Is this an actual joke? A picture mocking the entire world? This is a pool party in Wuhan. Wuhan – the epicenter of COVID-19. No masks. No social distancing. No respect for even global optics. Yes, they have reported no new cases in months. But read the room Wuhan. Read the room. pic.twitter.com/hnLmdIPFp8
— Dr. Jennifer Cassidy (@OxfordDiplomat) August 18, 2020
It’s back to party life in Wuhan. Hundreds turned up for a pool party in a footage here filmed on 15th August 2020.
— Kenya West© (@KinyanBoy) August 17, 2020
pic.twitter.com/0vpwVqOjaE
WUHAN, CHINA. WHERE THE COVID19 ORIGINATED FROM. COUNTRIES ARE SUFFERING, THE ECONOMY AND PEOPLE ARE DYING, AND MILLIONS OF PEOPLE HAVE LOST THEIR JOB DUE TO THE PANDEMIC, YET YOU HAVE THE AUDACITY TO THROW A HUGE POOL PARTY AS IF YOU'VE DONE IT ON PURPOSE. Y'ALL ARE SICK. 🤢 pic.twitter.com/NlMhUDRaOc
— kiang (@kiarbels) August 17, 2020
people are really this mad about wuhan having that pool party when they havent had a new case since june. JUNE. pic.twitter.com/q5ymVZCVlr
— ☾🅴 (@byulharanciaga) August 17, 2020
Thousands of people attended a pool party in Wuhan, China last night… the city where COVID-19 first emerged! pic.twitter.com/bjIMYDYbLl
— Saycheese TV 👄🧀 (@SaycheeseDGTL) August 18, 2020
Untuk rekod, Wuhan adalah bandar pertama di seluruh dunia yang mencatatkan kes positif COVID-19.
Ia juga merupakan bandar pertama di seluruh dunia untuk melaksanakan perintah berkurung. Perintah berkurung di bandar itu bagaimanapun mula dilonggarkan pada Mac dan telah ditamatkan pada 8 April.
Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan Wuhan, anda boleh klik pada pautan di bawah: