Tindakan Mulia Polis Trafik Dan Penunggang Motosikal Ini Selamatkan Monyet Cedera Di Lebuh Raya Raih Pujian Warganet

Keprihatinan beberapa orang anggota polis dan seorang penunggang motosikal menyelamatkan seekor monyet yang cedera akibat dilanggar kenderaan di tengah kesesakan lebuh raya membuatkan mereka dihujani pujian oleh orang ramai. Malah, rata-rata menggelarkan mereka sebagai hero kerana tindakan murni itu.

Sebuah rakaman video memaparkan monyet yang berada dalam keadaan lemah dengan kesan luka berdarah di badannya dilihat beberapa kali cuba mengelak daripada diangkat oleh anggota polis yang berhenti di tengah jalan semata-mata untuk melindungi haiwan malang itu.

Tindakan agresif monyet itu sekali gus menyebabkan salah seorang anggota polis trafik serba salah untuk mengangkatnya kerana khuatir digigit.

Sumber: Facebook SINAR

Kemudian, seorang lelaki yang menunggang motosikal dilihat turut berhenti untuk membantu mereka. Kesudahannya, mereka berjaya menangkap monyet berkenaan sebelum melintas jalan bagi melepaskan haiwan itu di kawasan hutan yang bertempat di sebelah lebuh raya tersebut.

Tinjauan kami di laman sosial Facebook mendapati rata-rata pengguna meninggalkan komen positif terhadap tindakan mereka itu.

“Satu tindakan terpuji dan mulia. Terbaik!” tulis Zizan Maat.

“Terima kasih kepada kedua-dua pihak kerana menyelamatkan monyet itu. Hanya Allah sahaja yang dapat balas jasa anda yang mulia ini,” coret Ismail Bayudin.

“Haiwan pun ada perasaan. Terima kasih, abang polis dan rider. Semoga Allah merahmati anda semua dan lipat gandakan rezeki kalian,” tulis seorang lagi pengguna laman itu.

Sebelum ini, kami pernah berkongsi tentang seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) yang sanggup merangkak dan menggadaikan nyawa sendiri demi menyelamatkan seekor kucing. Untuk baca artikel penuh dan artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca