Tindakan KKM Di Twitter Mengenai Total Lockdown Buat Warganet Curiga

KKM tag MKN di Twitter

Tindakan akaun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Twitter dimana akaun tersebut ‘tag’ akaun Majlis Keselamatan Negara (MKN) atas semua ciapan warganet mengenai ‘total lockdown’ buatkan warganet tertanya-tanya.

Sejak akhir-akhir ini kes baharu COVID-19 di Selangor semakin meningkat dan menyebabkan ramai penduduk Selangor cemas.

Hal tersebut membuatkan ramai orang inginkan negeri ini dilakukan perintah kawalan pergerakan secara penuh buat sementara waktu.

17 Mei lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham berkata Selangor akan dilakukan PKP penuh jika penularan COVID-19 tidak dapat disekat.

Setelah KKM melaporkan jumlah kes terkini pada hari yang sama, ramai warganet gusar dengan angka tersebut dan mahukan PKP penuh.

Namun, ciapan akaun-akaun twitter tersebut hanya dibalas KKM dengan tag akaun MKN sebagai jawapan.

Sumber: Twitter (@KKMPutrajaya)

“Buatlah total lockdown balik supaya kes turun mendadak dan keadaan stabil semula… Kalau macam ini sampai bila… Ramai tidak dengar cakap… Susah.” balas pengguna Twitter.

“Tak salah rasanya kalau nak buat balik PKP 1.0 macam dulu. Hanya ketua keluarga sahaja yang dibenarkan keluar untuk beli barang keperluan. 

Sampai bila nak pkp main-main macam ni je kan. Sekurang-kurangnya kita boleh nampak kes turun mendadak,” ujar seorang lagi.

Sumber: Twitter (@KKMPutrajaya)
Sumber: Twitter (@KKMPutrajaya)

Pengguna akaun Twitter mula membuat perkara yang sama dengan menyebut akaun MKN untuk memberi sebarang balasan.

Sumber: Twitter (@KKMPutrajaya)

Tindakan ini buatkan warganet mula curiga jika ada udang di sebalik batu antara KKM dan MKN. Tetapi, KKM menjelaskan bahawa tindakan tersebut sebenarnya untuk dibangkitkan masalah itu dalam mesyuarat MKN untuk mencari jalan penyelesaian.

Setakat ini, MKN masih lagi tidak memberi sebarang balasan terhadap pernyataan itu dan KKM telah menutup ruang komen di Twitter.

Rata-rata warganet berpendapat bahawa PKP penuh mungkin akan berlaku lagi.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca