Timbul Isu Hak Cipta, Lagu Sumpah Sebaliknya Kekal Milik Naim Daniel

Dayana Amerda atau nama sebenarnya Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah baru-baru ini mengadakan sebuah sidang media berkenaan hak penciptaan lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel.

Untuk pengetahuan anda, Dayana mendakwa bahawa lagu berkenaan merupakan hasil ciptaan dirinya bersama penyanyi tersebut.

Walaupun begitu, syarikat rakaman yang menaungi Naim Daniel iaitu World Peace Entertainment (WPE) itu berkata sebaliknya.

Syarikat rakaman itu menegaskan bahawa lagu yang bertajuk Sumpah itu kekal milik penyanyi Naim Daniel dan Omar K sebagai penggubah lagu tersebut.

Mana tidaknya, sebarang isu yang terjadi telah pun diselesaikan sebelum ini namun apa yang berlaku pula membuktikan sebaliknya.

Pihak syarikat rakaman itu turut kesal dengan kesukaran yang dihadapi Dayana dan keluarganya mengenai isu hak cipta lagu tersebut.

Sebagai respons, WPE turut meminta Dayana mengemukakan bukti-bukti yang kukuh ke e-mel yang diberikan untuk berbincang mengenai hasil penciptaan lagu tersebut.

Kenyataan media oleh pihak syarikat rakaman WEP
Kenyataan media oleh pihak WPE

Memetik laporan Astro Awani, isu pertikaian hak cipta lagu Sumpah tercetus sekitar Julai tahun lalu apabila lagu itu dikatakan menceritakan kisah percintaan Naim dan Dayana.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan Naim Daniel, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca